Paling pening nak fikir lauk apa nak masak untuk bersahur kan? Yelah mana taknya tengah mamai nak kena sediakan bahan masak bersahur pula, kalau tak kena tekak menunya mesti takde selera nak makan untuk bersahur. Nak fikir menu dah susah nak dapat mood bersahur dengan lauk sesuai tekak lagilah susah. Tapi jangan risau menu simple macam Tofu Crispy Goreng Pedas ni confirm laju makan dengan nasi panas.
TOFU CRISPY GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Ads
3 keping tofu (Hiris nipis)
5 ulas bawang putih cincang
1 sudu teh chilli flakes
5 biji cili padi potong
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan kicap cair, 1 sudu makan kicap pekat, sedikit cuka dan gula (satukan dan kacau semua)
Daun bawang
Ads
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Ads
Goreng tofu mengikut saiz dan bentuk yang korang suka.
Satukan bawang putih cincang, chilli flakes, cili padi dan serbuk jintan manis.
Minyak kena betul-betul panas dan tuang dalam bahan cincang. Tapi saya tuang bahan cincang dalam minyak panas. Saya suka garing sikit bawang putih tu. So, saya masak sekejap.
Masa ni api dah tutup, tuang semua bahan kicap tadi.
Masukkan tofu yang dah digoreng awal-awal tadi. Masukkan bahan hijau sekali.
Apa menu makan malam anda hari ni? Menu kari memang tidak pernah menjemukan. Bukan hanya boleh sedap dimakan dengan nasi malah dicicah dengan roti bakar pun cukup mengenyangkan. Hari ni kita belajar buat Kukra Curry seperti resipi ni.
KUKRA CURRY BAHAN-BAHAN:
500 gm ayam 2 sudu besar serbuk kari ayam 2 biji tomato – potong dadu 2 sudu besar plain yogurt 1 tangkai daun ketumbar – hiris halus 2 biji ubi -BELI ONLINE DI SINI Air panas secukupnya Cili hijau Garam / serbuk pati ayam-BELI ONLINE DI SINI Minyak masak untuk menumis
Bahan kisar: 1 biji bawang merah – sederhana besar 3 ulas bawang putih 1/4 inci halia
CARA MEMASAK 1) Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. 2) Masukkan tomato dan serbuk kari ayam. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. 3) Masukkan ayam dan ubi kentang serta sedikit air panas. Perasakan ia. Biarkan hingga ayam dan ubi kentang empuk. 4) Masukkan plain yogurt. Kacau rata. Biarkan ia pekat sedikit. 5) Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar dan cili hijau. Bolehlah matikan api. Siap! Kredit: sis Aslyna Nor Hassan & Tiesha Abdul Rahman
Rotinya lain dari yang lain, jarang dapat jumpa tapi kalau jumpa wajib beli banyak. Rotinya yang comel berbentuk bulat nampak seperti keras tetapi ragup di luarnya dan liat di dalam. Sedap dapat makan sambil cicah kopi.. Malaysia sangat!
KUIH KOREA ROTI MOCHI
BAHAN-BAHAN:
180grm tepung pulut
20gr tepung protein tinggi
10gr susu tepung
1 sdm gula
120gr susu cair
60gr minyak
1 sdm kicap cair asin
1 telur
20gr bijan hitam
CARA MEMASAK:
Ayak tepung pulut, tepung protein tinggi dan susu tepung
Campur susu, minyak, kicap asin. aduk rata dan panaskan. angkat
Masukan campuran tepung dan gula. tambahkan telur dan aduk rata.
Masukan bijan. timbang 40gr. bulat bulatkan. spray air.
Berkunjung di kediaman Datin Sri Eima, memberi peluang kepada penulis untuk mencuba menu autentik Sarawak dan Perak yang sangat sedap, ternyata isteri kepada Datuk Sri Abang Aditajaya, ahli perniagaan dari Sarawak ini pandai memasak dan baking. Cuma semasa kunjungan kami, beliau tidak sempat baking kerana agak kesuntukkan masa.
“Sebenarnya kalau nak ikutkan minat saya lebih suka baking dari memasak. Tetapi memasak ini adalah keperluan rutin, jadi setiap hari kalau tak masak pun saya kena juga sediakan hidangan untuk keluarga, berbanding baking, selalunya bila saya ada masa lapang atau bila birthday anak-anak.
“Hari ni, agak sibuk sikit, saya tak sempat baking, cuma sempat sediakan beberapa jenis lauk untuk RASA cuba. Daging Hitam Gula Apong ni adalah kegemaran suami kerana dia orang Sarawak. Menu ini saya belajar dengan arwah ibu metua sampai menepati rasa seperti diinginkan suami. Jadi ini adalah menu wajib keluarga saya bila Hari Raya atau hari-hari tertentu kami mengadakan keraian,” cerita Datin Sri Eima yang tampil cantik serba putih petang hari itu.
Satu lagi menu yang tidak kurang menariknya, ialah Rendang Jering. Rendang ini adalah menu warisan keluarga Datin Sri Eima yang berasal dari Perak. Ternyata jering yang kuat baunya itu bila diolah menjadi rendang ia sangat sedap, rasa kenyal dan tiada bau, malah lebih sedap dari daging yang dicampurkan bersama.
“Ini adalah menu turun temurun keluarga saya, saya pelajarinya dari ibu. Jering yang sesuai untuk dijadikan rendang mestilah jering tua dan ia perlu direbus lama dan dua tiga kali tukar air sebelum boleh dibuat rendang. Itu sebabnya tak ada bau dan lembut, ternyata bila penulis rasa memang sedap dan rasa macam tak boleh berhenti makan. Memang terbukti sedap. Jika ingin cerita lanjut mengenai Datin Sri Eima boleh dapatkan Majalah Rasa Febuari 2019 ye…
DAGING MASAK HITAM GULA APONG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
4 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan gula Apong
5 sudu makan pes cili kering
Sedikit air asam jawa
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 batang serai
3cm lengkuas
3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging bersama kicap pekat dan gula Apong, perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan cili kering.
Setelah garing masukkan bahan kisar. Kacau rata hingga timbul minyak.
Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi.
Kacau rata hingga air daging kering.
Akhir sekali perasakan dengan air asam jawa, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
Setelah daging empuk, sedikit garing dan cukup rasa tutup api.
Daging masak hitam sedia dihidangkan.
RENDANG JERING
BAHAN-BAHAN:
1kg jering | rebus
1/2kg daging | hiris nipis dan kecil
1 litter santan pekat
4 sudu makan kerisik
Garam, gula dan perasa secukup rasa
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili serbuk
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
4 batang serai
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
20 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panas minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata dan biarkan hingga air daging keluar dan kering.
Tambahkan serbuk cili, gaul rata dan masukkan santan.
Setelah daging empuk masukkan jering yang telah direbus.
Kacau lagi dan masukkan kerisik.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah kuah pekat, taburkan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api.
Rendang jering sedia dihidangkan.
UDANG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XL | bersihkan
2 batang serai | titik
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 biji cili padi
1 biji tomato
CARA MEMASAK:
gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam ahalus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar dan serai titik hingga wangi dan pecah minyak.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa dan garing, tutup api dan masukkan udang yang telah digireng tadi.