Tofu Crispy Goreng Pedas, Menu Malas Untuk Bersahur.

Share

Paling pening nak fikir lauk apa nak masak untuk bersahur kan? Yelah mana taknya tengah mamai nak kena sediakan bahan masak bersahur pula, kalau tak kena tekak menunya mesti takde selera nak makan untuk bersahur. Nak fikir menu dah susah nak dapat mood bersahur dengan lauk sesuai tekak lagilah susah. Tapi jangan risau menu simple macam Tofu Crispy Goreng Pedas ni confirm laju makan dengan nasi panas.

TOFU CRISPY GORENG PEDAS

 

BAHAN-BAHAN:

3 keping tofu (Hiris nipis)

5 ulas bawang putih cincang

1 sudu teh chilli flakes

5 biji cili padi potong

1 sudu teh serbuk jintan manis

2 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan kicap cair, 1 sudu makan kicap pekat, sedikit cuka dan gula (satukan dan kacau semua)

Daun bawang

Daun ketumbar

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Goreng tofu mengikut saiz dan bentuk yang korang suka.
  2. Satukan bawang putih cincang, chilli flakes, cili padi dan serbuk jintan manis.
  3. Minyak kena betul-betul panas dan tuang dalam bahan cincang. Tapi saya tuang bahan cincang dalam minyak panas. Saya suka garing sikit bawang putih tu. So, saya masak sekejap.
  4. Masa ni api dah tutup, tuang semua bahan kicap tadi.
  5. Masukkan tofu yang dah digoreng awal-awal tadi. Masukkan bahan hijau sekali.
  6. Gaul-gaul rata tanpa perlu menghidupkan api.
  7. Beginilah hasilnya!

Kredit: Harum Wangi

 

SELAMAT MENCUBA!

 

Published by
Nadzirah Rashid