Tom & Jerry Cheese Cake. Kek Comel Buat Pengemar Keju.

Share

Comelnya Tom & Jerry Cheesecake ni. Nampak macam bentuk keju yang ada dalam cerita kartun tu. Unik betul. Patutlah kek ini sedang viral di media sosial. Kalau buat untuk anak-anak, pasti teruja. Nak cuba? Saudari NorhasLina OtHman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI TOM & JERRY CHEESE CAKE

BAHAN COKLAT LUAR:

  • 500gm white chocolate compound coin
  • 2-3 titik pewarna kuning lemon

BAHAN BAHANGIAN KEJU:

BAHAN A:

  • 400gm krim keju (cream cheese)
  • 300gm krim putar (whipping cream)
  • 50gm gula aising
  • 1/2 sudu makan perasa oren sunquick

BAHAN B:

  • 50gm air suam
  • 1 1/2 sudu makan gelatin

 

CARA MEMASAK:

1. Masak coklat guna teknik double boil hingga cair. Masukkan pewarna. Sebatikan.

2. Bila coklat sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan. Ratakan.

3. Ketebalan lapisan coklat tu agak-agak sahaja. Pastikan tidak nipis dan tidak terlalu tebal.

4. Keraskan sekejap coklat di dalam peti sejuk.

5. Seterusnya pukul krim keju hingga nampak licin. Kemudian masukkan gula serta perasa sunquick. Adun sebati.

6. Kemudian masukkan krim putar. Pukul lagi hingga sebati dan kental.

7. Dalam bekas berlainan, campur air suam bersama gelatin. Kacau hingga larut.

8. Bila gelatin telah sejuk, masukkan ke dalam campuran bahan A. Kaup balikkan hingga sebati menggunakan spatula.

9. Ambil acuan coklat yang dibekukan tadi. Masukkan krim. Jika suka boleh letak kek sponge coklat di tengahnya kemudian letak lagi krim.

10. Tuang lebihan coklat di permukaan acuan. Biar coklat mengeras.

11. Keluarkan kek dengan berhati-hati dari acuan. Sedia untuk dinikmati.

INFO: Untuk kek span ni, jika mahu mudah, boleh guna kek Apollo berharga 30 sen tu. Jika tidak letak pun tak mengapa. Terpulang pada cita rasa masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: NorhasLina OtHman

 

Nak buat Tom & Jerry Cheese Cake tapi tak ada acuan? Nah…Dapatkan acuannya DISINI. Ada 3 saiz yang boleh anda pilih.

 

Nak lebih banyak resipi kek yang best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur