Tomkhakai. Resipi Ayam Masak Lemak Siam Wajib Cuba.

Share

Bosan dengan lauk paukm biasa? Hari ni boleh ubah selera dengan menyajikan lauk bercitarasa Thailand buat ahli keluarga.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | hiris nipis
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 4-5 batang serai
    3cm lengkuas
  • 3 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh jus limau nipis
  • 200 gm santan
  • 5 keping cendawan
  • 5 biji cili padi merah untuk hiasan
  • 2 batang daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan santan dengan api sederhana.
  2. Masukkan isi ayam, serai, lengkuas biarkan hingga mendidih tapi pastikan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak.
  3. Masukkan jus limau, sos ikan, daun limau purut, cendawan dan cili padi biarkan 2-3 minit.
  4. Setelah masak angkat.
  5. Masukkan  daun ketumbar sebelum dihidangkan.

 

INFO CHEF: Rasa lemak  dan tidak pedas.

Published by
Nur