Tomyam Ayam Bersantan, Cukup Rasa Pedas Manis & Berlemak. Makan Macam Ni Dah Tak Perlu Lauk Lain

Share

Tomyam ayam bersantan, hidangan cukup rasa pedas, manis dan berlemak. Ada lauk macam ni memang tak perlu lagi lauk lain.

Tomyam juga antara masakan yang paling mudah dibuat. Bak kata orang campak campak jadi aje. Janji bahan ramuan kenalah segar.

Ini resipi tom yam ayam dari Nurhayati Abd Malek. Ramuannya memasukkan santan, jadi tom yam ni memang sedap dihirup. Rasa masam dan berlemak sedap. Ada pulak sayur lagi berkhasiat jadinya.

TOMYAM AYAM BERSANTAN (Versi Paling Sempoi)

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam sederhana (potong kecil)
  • 4 sudu besar pes tomyam – beli online DI SINI
  • 4 batang serai (dititik)
  • 6 helai daun limau purut (buang urat tengah)
  • 10- 15 batang cili api (diketuk) – beli online DI SINI
  • 2 batang karot
  • ½ biji kobis bunga
  • 6- 7 keping asam gelugor – beli online DI SINI
  • 1 biji bawang Holland – beli online DI SINI
  • ½ inch halia
  • ½ inch lengkuas
  • Gula dan garam secukupnya
  • 1 kotak santan/ 1 biji santan kelapa – beli online DI SINI

CARA MEMASAK :

1. Mula-mula masukkan ayam dan air dalam periuk, agak-agak paras tenggelam ayam.

2. Kemudian masukkan serai,halia dan lengkuas tadi. Biarkan mendidih sekejap. Kalau tiada lengkus boleh halia aje.


3. Dah didih tu bolehlah masukkan pes tomyam.
4. Gaul dan masuk cili. Nak pedas masukkan lebih. Sebab bila dah letak santan nanti pedas dia akan kurang.

5. Masukkan daun limau purut.
6. Masukkan pula sayur sayuran.

7. Masukkan bawang Holland.

8. Dah didih tu masukkan santan. Guna santan kotak pun boleh, kacau sekejap.

9. Kemudian masukkan asam gelugor dituruti cili padi . Masukkan garam dan gula secukup rasa.

10.Biasa tak perlu banyak sangat pun sebab dalam pes sendiri dah ada gula dan garam.
11.Siappp! Senang sangat kan masak tomyam ni. Rasa pun sungguh sedap

Kredit foto & resipi : FB Nurhahayati Abd Malek

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin