Bila nak masak tomyam, mestilah kena ada pes. Tapi macam mana pula bila nak masak, tapi pes tomyam pula habis. Nak keluar ke kedai semata-mata nak beli satu barang, agak kurang rajin. Jadi, cuba buat tomyam tanpa pes ni. Rasanya sedap dan lebih senang nak masak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

TOMYAM AYAM CENDAWAN TANPA PES

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 keping isi dada ayam
  • 2-3 ulas bawang putih – diketuk
  • 3 batang serai – diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 4 sudu makan sos cili
  • 200gm bunga kobis
  • 100gm cendawan
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 2-3 akar ketumbar – dibersihkan
  • 2-3 batang baby corn
  • 1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
  • 3-4 biji cili padi
  • 5-6 biji tomato ceri
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan air dan masukkan bawang putih, serai, akar ketumbar, daun limau purut dan cili padi. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu. Masak hingga ayam empuk.
  3. Kemudian masukkan sos cili. Kacau rata hingga sebati.
  4. Bila kuah mendidih, masukkan bunga kubis dan baby corn. Masak seketika hingga lembut.
  5. Seterusnya masukkan cendawan dan tomato.
  6. Perasakan dengan garam serta jus limau nipis. Lebihkan jika suka rasa kuah yang masam.
  7. Tabur daun ketumbar dan angkat tomyam.
  8. Sedia untuk dinikmati.

Tomyam Ayam Cendawan Tanpa Pes. Sedap. Ni Cara Masaknya.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI