
Tomyam adalah satu jenis lauk yang sejak dahulu memang digemari. Cita rasa masam yang dimiliki membuatkan kuah tomyam amat menyelerakan. Selalunya, individu yang mengalami demam atau tidak sedap badan, pasti menyukai tomyam kerana bau dan rasanya boleh membuka selera.
Jom kita lihat resipi tomyam yang ringkas namun menyelerakan ini.
TOMYAM CAMPUR

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 biji tomato (kisar)
1 biji bawang merah (kisar)
1 batang serai (kisar)
Air secukupnya
3 sudu besar pes tomyam
2 ketul ayam (potong kecil)
10 ekor udang
2 ekor sotong (potong kecil)
Cendawan
Cili padi
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut
1 biji tomato (potong 6)
CARA MEMBUAT
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tumis seketika. Kemudian, masukkan air (separuh periuk).
2. Masukkan pes tomyam.
3. Kemudian, masukkan ayam.
4. Apabila ayam dah separuh masak, masuk udang, sotong, bawang, cendawan, cili padi, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
5. Masak seketika, kemudian masukkan pula daun limau purut dan tomato.
6. Biarkan mendidih dan tutup api.
Tip: Boleh tambah susu cair, sos ikan, santan untuk lebih cita rasa. Boleh tambah lengkuas dan akar ketumbar untuk rasa yang lebih sedap. Selamat mencuba.
Sumber: Instagram Dapur Syira Lokman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup, Sedap & Macam Makan Di Restoran.

Sotong adalah antara makanan laut yang digemari ramai. Andai berkunjung ke restoran ‘seafood’, memang tak sah kalau tak order masakan sotong. Malah, jika ke Terengganu, sajian sotong celup tepung menjadi satu kemestian dan wajib untuk dicuba. Kalau tak singgah makan, rasa macam tak lengkaplah kedatangan anda ke negeri yang terkenal dengan kemewahan hasil lautnya itu.
Nak cuba hasilkan sendiri hidangan Sotong Goreng Tepung yang garing dan enak secara homemade? Resipi di bawah ini anda boleh cuba.
SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ]potong bulat
- 1 biji telur
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 tangkai daun kari
- 60gm tepung gandum
- 60gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung beras
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangkan bersama sos pilihan masing-masing. Malah, jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup enak.
BACA:
http://www.rasa.my/tip-untuk-tepung-tak-lerai-dari-sotong-waktu-digoreng/
Ok, bila dah dapat resipi best ni, pastinya rasa nak pergi pasar beli sotong je kan? Sebelum tu, RASA kongsikan sedikit tip memilih sotong segar. Selalunya anda dapat tips untuk memilih ikan yang segar, tetapi bagaimana pula tips untuk memilih sotong? Ini tip yang boleh dijadikan panduan.

TIP PILIH SOTONG SEGAR
1. Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
2. Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
3. Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
4. Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
5. Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
6. Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
7. Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badan sotong.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:
Rahsia Bancuhan Ikan Celup Tepung Yang Halus, Rangup & Sedap. Mudah Je Rupanya!
Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Sedap, Bersalut Elok & Berkerak Rangup.

Sesekali masak sotong celup tepung memang sedap. Namun ada kalanya tepung tidak bersalut elok pada sotong dan tak rangup. Cuba resipi yang RASA kongsikan ni. Anda pasti puas hati. Sedap, mudah dan dijamin sedap!
SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | potong bulat & keringkan airnya
- 1 biji telur
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 tangkai daun kari
- 60gm tepung gandum
- 60gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung beras
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangkan bersama sos pilihan masing-masing. Malah, jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup enak.

BACA:
http://www.rasa.my/tip-untuk-tepung-tak-lerai-dari-sotong-waktu-digoreng/
TIP MEMILIH SOTONG SEGAR

- Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
- Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
- Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
- Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
- Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
- Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
- Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badansotong.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:
Rahsia Bancuhan Ikan Celup Tepung Yang Halus, Rangup & Sedap. Mudah Je Rupanya!
Ini 5 Cara Masak Ketam Paling Mudah & Sedap.

Ketam masak apapun tetap sedap, memang rugi korang yang tak makan ketam. Selain sedap, ketam juga sangat mudah dan cepat masak. Sebab tulah seafood bercengkerang ini sangat disukai ramai dan harga pun boleh tahan. Korang yang nak cuba ini ada lima cara masak ketam yang sedap, senang dan simple.

KETAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ketam | dicuci bersih.
- 4 tangkai cili merah | dikisar
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 3 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 batang serai |dikisar
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ketam, kemudian ketepikan.
- Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan pes cili, cili merah kisar dan sos cili, kacau hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, masukkan ketam. Gaul rata dan tutup api
- Sedia dihidangkan.

KETAM TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam | dibersihkan
- 1 biji tomato | didadu kecil
- 1 biji bawang besar |didadu kecil
- 1 pokok daun ketumbar |dihiris halus
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR KASAR:
- 3 tangki cili merah
- 5 tangkai cili padi
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Ketam yang telah dibersihkan gauL bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
- Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.
- Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
- Sedia dihidangkan.

KETAM KICAP BERSOS CILI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam saiz XL | dipotong dan bersihkan
- 5 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 2.5cm halia muda | dikisar
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa, kacau lagi.
- Masukkan ketam, perasakan dengan kicap, garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga ketam bertukar warna kemerahan dan kuah agak pekat,

KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
- 4 ulas bawang merah | kisar kasar
- 3 ulas bawang putih | kisarkasar
- 2.5cm halia | kisar kasar
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan serbuk cili
- Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang
- 2 sudu makan air asam jawa
- 150ml susu rendah lemak
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Cuci bersih ketam kemudian toskan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis sehingga naik bau.
- Masukkan daun kari, biarkan seketika.
- Kemudian masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Angkat dan hidangkan.

KETAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam saiz XL
- 4cm halia muda | dihiris memanjang
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dititik
- 2 batang serai | dititik
- 1 batang seleri | dihiris menyerong
- 5 biji cili padi | dititik
- 1 sudu teh lada hitam | dikisar kasar
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ketam, kemudian letakkannya di dalam bekas untuk dikukus. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hirisan dan titik.
- Tuangkan di atas ketam, kemudian tuangkan juga jus limau kasturi, taburkan garam dan gula secukupnya.
- Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang dan sup.

