Enaknya dapat menikmati kuah tomyam, hirup kuah panas-panas. Cukup rasa pedas, masam dan masinnya. Dah biasa dengan tomyam ayam atau makanan laut, kali ini kita cuba tomyam ikan siakap yang tak kurang lazatnya.
Pes tomyam pun antara salah satu faktor untuk menghasilkan kuah tomyam yang sedap. Ikuti perkongsian resipi tomyam ikan siakap daripada Arina Rifin. Ternyata begitu mengundang selera. Lauk buat menambah nasi jadinya. Jom kita buat.
BAHAN-BAHAN:
7 ulas bawang putih
2 biji bawang Holland – Boleh beli online di sini
3 sudu besar pes tomyam – Boleh beli online di sini
5 batang serai
1 batang lobak merah – Boleh beli online di sini
1 mangkuk brokoli
1 biji tomato – Boleh beli online di sini
1 biji lada besar
Daun ketumbar
1 biji limau nipis (ambil jusnya) – Boleh beli online di sini
2 ekor ikan siakap (potong 3 bahagian)
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam 5 cawan bersama bawang putih dan bawang Holland. Kemudian, masukkan pes tomyam.
Setelah itu, masukkan serai, ikan siakap dan lobak merah. Biarkan mendidih.
Masukkan pula perasa seperti garam, gula dan jus limau nipis.
Kemudian, masukkan brokoli, lada merah dan juga tomato.
Akhir sekali, hiaskan hidangan tomyam ikan siakap dengan daun ketumbar.
Siap!
Selamat mencuba.
Kredit: Arina Rifin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official