Tomyam Ikan Talapia, Sedap Mampan!

Share

Selain goreng, kukua,  masak ikan tiga rasa, masak tempoyak, sebenarnya ikan Talapia juga sedap dimasak tomyam kerana ikan air tawar ini kurang tulang. Malah  ikan Talapia juga antara ikan darat  isi putih yang kaya dengan protein dan Omega-3, sesuailah untuk anda yang ingin cantik dan sihat.

Cubalah ye..

 BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan talapia | ambil isinya sahaja dan potong dadu
  • 1 sudu makan pes tom yam
  • 1 batang serai |titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis
  • 5 biji cili padi |titik
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 100 ml air

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan tilapia sehingga bersih dan ambil isi sahaja. Ketepikan.
  2. Bawang putih, bawang merah, halia dikisar halus. Ketepikan.
  3. Ambil periuk dan masukkan air, cili padi yang dititik, bahan kisar dan rempah tom yam. Masakkan sehingga mendidih. Dan masukkan serai yang dititik.
  4. Setelah mendidih, masukkan daun limau purut dan perahan limau nipis.
  5. Akhir sekali, masukkan isi ikan dan tunggu masak. Sedia dihidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin