Sedapnya dapat hirup panas-panas kuah Tomyam Putih Ala Thai ini. Masak satu lauk ini saja pun dah cukup. Berselera betul dapat makan dengan nasi putih. Makan dengan bihun pun sedap juga. Buat pedas sikit.
Menu ini resipi sihat, menggunakan kaedah rebusan. Cara membuatnya memang mudah dan cepat. Bahan pun mudah diperoleh. Tak perlu guna sebarang pes pun dah sedap.
Jom cuba buat menerusi resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie ini.
Sup Telur Chinese Style tambah dengan crab stick lagi sedap. Buat menu macam ni tak perlu makan dengan nasi, ratah macam tu pun pasti tak cukup semangkuk.
Sesuai juga jadi hidangan buat yang rasa tak sedap badan. Yang penting skill pecahkan telur supaya tidak bergumpal.
Memang sedap dan menyelerakan, rugi kalau tak cuba.
Sup Telur Chinese Style
Bahan-bahan:
Bawang putih (cincang halus)
Halia (cincang halus)
Kiub pati ayam (tiada MSG)
Filamen ketam (dihiris nipis)
Telur ayam (dibancuh)
Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar
Bahan dikisar Bersama :
6 keping keju
1 kiub ayam
6 sudu besar susu tepung
Air secukupnya ikut kepekatan
4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
Sedikit daun parsley kering
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.