Kalau cik abang suka memancing, izinkan sahaja. Mana tahu dapat udang galah saiz XXL macam ni. Bolehlah masak tomyam!
BAHAN-BAHAN:
- 600gm udang galah | dibersihkan
- 2 batang serai | titik
- 2 sudu makan pes tomyam
- 5 helai daun limau purut
- 2 tangkai daun ketumbar
- 3 sudu teh sos ikan
- 1cm lengkuas | hiris nipis
- 2-5 biji cili padi | ikut cita rasa
- 2 sudu teh jus limau nipis
- 3 sudu teh susu cair atau santan
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan airdan masukan serai, lengkuas dan udang galah. Rebus hingga mendidih.
- Selepas itu masukkan pes tomyam biarkan mendidih setengah minit.
- Kemudian masukkan sos ikan, daun limau purut, susu cair, garam dan gula.
- Selepas mendidih seketika masukkan daun ketumbar dan jus limau biarkan 10 saat.
- Angkat dan hidang bersama nasi.
INFO CHEF: Susu atau santan dimasukkan sebagai penambah rasa.