“Semua menu yang dhidangkan di Alwi’s Food ialah makanan yang saya suka makan.Pada mulanya dijual secara online dan mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Kemudian diperkenalkan di kafe ini,”
Terletak di TSB Sungai Buloh, kafe ini menerima ramai kunjungan pelanggan kerana ia menawarkan pilihan hidangan Itali, Barat, lokal, kopi dan makanan laut yang berkualiti serta memenuhi cita rasa mereka yang datang.
Menu enak Alwi’s Food
BBQ Chicken Chop-RM18.70
Bagi yang menggemari makanan barat boleh cuba keenakan Grilled Chicken Chop.
Paha ayam tanpa tulang ini dipanggang dan dihidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan sos pilihan olahan kafe ini. Ayam dipanggang dan disaluti dengan Alwi’s sos yang cukup pekat dan tekstur ayam juga lembut.Anda boleh pilih sama ada mahu menikmati chicken chop bersama sos lada hitam, perang atau Hainanese. Bagi yang suka pedas boleh makan bersama sos lada hitam.
Yee Mee Daging- RM15.70
Menu cina asli yang dihidangkan mewah dengan pelbagai isi di dalamnya, cendawan shiitake dan daging lembu yang dihiris nipis.Tekstur mi yang kenyal apabila dikunyah, hidangan Yee Mee Daging di restoran ini memang berbaloi rasanya. Portion yang banyak memang puas makan.Nak sedap semasa makan perah limau di atasnya. Gabungan rasa yang sangat sedap.
Siakap Stim Halia- RM45.70
Jika memilih makan malam di sini, jangan lupa pesan Siakap Stim Halia Chinese Style ni, memang power rasa. Digabungkan dengan cendawan shiitake yang lembut memang lengkap rasa.
Untuk pengetahuan anda, semua menu ikan di Alwi’s Food didatangkan bersama empat hidangan nasi kukus.Portion yang besar begini sesuai untuk empat orang makan.
Tiramisu- RM13.90
Tidak lengkap selepas hidangan tanpa menikmati pencuci mulut. Tiramisu di Alwi’s Food sungguh sedap dan nikmati bila nikmatinya. Tiramisu antara best seller dessert yang menambat hati ramai pelanggan kerana rasanya yang berlemak dan sempurna rasa.
Tak tahu nak makan di mana,boleh saja ke Alwi’s Food menikmati pelbagai menu menarik yang buat anda tersenyum lepas menikmatinya.
Lokasi: 87G, Jalan Nautika B U20/B, Pusat Komersial TSB, Shah Alam, Selangor
Dapatkan Khind Multifunction Electric Skillet dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official