Gaya Hidup

Transformasi360 Bantu Individu Yang Mahu Bangkit & Ubah Hidup

Share

Aidilfitri telah berlalu, kini kita kembali ke dunia realiti. Ada persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, adakah anda benar-benar bersedia untuk mengubah hidup?

Tanpa disedari, kita sebenarnya sedang bergelut dalam diam dengan tekanan kewangan pasca Aidilfitri yang menyebabkan emosi tidak stabil dan hidup terasa ‘stuck’ tanpa arah.

Itulah realitinya. Ketahuilah anda tidak keseorangan kerana ramai sebenarnya berdepan dengan cabaran ini termasuklah dari usahawan mahupun golongan yang bekerja.

Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy Sdn. Bhd., Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, ramai orang menyangka mereka perlu menunggu ‘masa sesuai’ untuk berubah namun hakikatnya masa tidak akan datang kembali kecuali mereka yang ciptakan.

“Rasa penat mencuba tetapi tetap gagal, mungkin bukan usaha mereka yang salah tetapi hala tuju dan cara fikir yang betul betul,” katanya.

PROGRAM TRANSFORMASI360

Menyedari  hakikat itu, RichWorks telah memperkenalkan Transformasi360, sebuah program yang direka bentuk semula dan ditambah baik daripada program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup.

Program ini bakal berlangsung pada 10 hingga 12 Mei 2025 dengan objektif membantu individu membetulkan asas dalaman diri mereka.

“Transformasi360 hadir untuk bantu mereka betulkan asas ini dari dalam. Ramai orang ada ilmu, ada kemahiran tapi gagal kerana tidak menguasi sikap dan cara berfikir yang betul. Tanpa sikap positif, tindakan akan salah. Tanpa disiplin dan kejelasan, kejayaan hanya akan jadi angan-angan,” kata Dr. Azizan.

Tambahnya lagi, peserta akan dibimbing untuk membina keyakinan dalaman,mengurus emosi, memecahkan kepercayaan lama yang membataskan diri dan menggantikan ia dengan mindset baru yang lebih kuat, realistik dan membina.

Teknologi AI juga turut digunakan dalam Transformasi 360 yang akan membantu peserta mengenal pasti kekuatan dan potensi diri mereka secara lebih mendalam.

“Ramai tidak sedar bahawa mereka sebenarnya memiliki kelebihan tersendiri, tetapi tidak pernah tahu cara untuk manfaatkan sepenuhnya,” jelasnya.

SELAMI DIRI SENDIRI

Azizan memberitahu, mereka yang bakal hadir dapat menyelami diri sendiri, mengkaji semula arah hidup dan mempersiapkan diri dengan pelan tindakan yang jelas untuk masa depan.

“Nasihat saya, jangan tunggu sehingga hidup memaksa anda berubah. Bertindak sebelum semuanya terlambat. Masa depan anda tidak ditentukan oleh semalam, tetapi oleh keputusan yang anda buat hari ini.

“Sama ada anda usahawan yang hilang arah, individu yang sedang bergelut dengan kewangan, atau seseorang yang mahu keluar daripada tekanan hidup, Transformasi360 adalah pintunya,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.transformasi360.com sekarang.

Published by
Naqiyatul Uzma