Try 7 Tip Mudah Ni, Siang Sotong Kembang Jadi Lebih Sedap, Lembut Dan Tak Berbau!

Share

Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya.

Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.

Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:

1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.

2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.

  • 4 batang serai
  • 2 ini halia
  • 1 labu bawang besar,
  • 1 inci lengkuas,
  • 5 ulas bawang putih.
  • Kesemua bahan tadi di potong-potong.
  • Letak sedikit garam

3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.

Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.

4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong

5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.

6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.

7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.

 

Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong
ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.

Sumber: Mariberkongsi

 

RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan-bahan:

  • 2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan air.
  • 1 senduk besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih *
  • 5 ulas bawang kecil *
  • 1 inci belacan *
  • asam jawa, garam & gula

Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit
garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris
bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.

Kongsi resipi: sprinkleofluv

 

CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:

 

Published by
Mastura Abu Kassim