Selalunya kalau yang tengah nak berdiet tu mesti perkara pertama sekali dalam list beli-belah nak beli peanut butter tuk makan masa sarapan. Phewww, mahal kot, lagi nak diet lagi mahal pulak. Terpaksa lah beli yang murah dengan rasa yang sangat manis dan tak sihat langsung!
Ada satu cara yang boleh membantu masalah macam ni, buat sendiri peanut butter HOMEMADE ni ha. Nak beli mahal kan, resepi sangat senang je rupanya. Bahan pun sihat. Yang penting sukat mengikut sukatan yang kamu inginkan!
Meh kita tengok kat bawah cara nak buat.
Bahan-Bahan:
500 gram kacang tanah – sangai tanpa minyak, buang kulit.
Madu asli
Virgin Olive oil
Garam bukit – garam biasa pun boleh. Kalau dapat garam bukit lagi cun, lebih sihat.
Cara-Cara:
1) Blend kacang yang sangai dengan buang kulit tadi, tambah secubit garam. Pakai blender kering tu. Letak kacang separuh bekas blender tu je. Jangan penuh. Blend sehalus-halusnya tau.
IKLAN
2) Baru masukkan olive oil dengan madu. Ni korang pandai-pandai agakla. Kaknaz letak 1 sudu besar olive, 1 sudu besar madu setiap kali blend. Kalau dapat kacang fresh dia keluar minyak sendiri, boleh kurangkan olive oil ni. Kacang kaknaz takmo terbit-terbit minyak dia. Sikit nau dia keluar. Tu taruk lebih sikit.
IKLAN
3) Kalau yang suka rasa chunky-chunky, boleh masuk kacang blend kasar tu sikit. Wallah! Syok gigit.
Siap! Boleh masuk botol. Nak tahan lama boleh simpan dalam fridge ok. Kalau boleh botol tu steril dulu.
Senang tak? Dah, tak yah bazir duit beli mahai-mahai, buat sendiri je. Kita boleh adjust manis masin sendiri. Lagi sihat sebab pakai madu, garam bukit ngan virgin olive oil, kan? 😍
Kuih khanom pheak phun, sejenis manisan dari negara Thailand. Rasanya sedap sangat, seperti kaswi pandan.
Menurut wanita yang berkongsi resipi ini, Farida Eida, nak buat kuih ni kena sabar dalam membuatnya. Untuk jadikan kuih ni cantik berkilat, kena kacau lama-lama di atas dapur.
Kuih ni nak makan dengan kepala santan pun boleh, kelapa parut pun boleh. Ikut suka atas selera masing-masing.
4. Nak tekan guna acuan macam acuan kuih tart boleh atau nak potong macam bentuk kuih talam pun boleh.
Rupa khanom pheak phun yang belum dipotong
5. Cara makannya, boleh makan dengan kelapa parut dan juga kuah kepala santan yang dimasak bersama gula dan garam.
*kuih akan nampak berkilat secara semula jadi. Saya tak ada sapu minyak pun. Tapi dengan syarat, kacau bagi lama sebab tu guna gula somtam. Dia macam kaswi juga, tapi yang ni berbeza.
*kalau nak guna acuan, buat ketika adunan masih panas atau suam supaya senang nak tekan.
Minum petang hari ni terasa nak menikmati yang enak di tekak. Jom kita buat puding, panas-panas begini enak nikmati puding sejuk. Pasti tak cukup satu nanti.
Anggaran untuk botol gelas balang kecil (6-8 org)
Bahan-bahan:
Sekotak susu Full Cream (brand kegemaran anda)
1/2 kotak Whipping Cream (saya guna jenama Anchor Whipping cream kerana ia tidak manis)
5 sudu makan gula perang (jika suka manis, boleh tambah)
1 sudu makan madu (jika ada. Madu akan jadikan bancuhan lebih wangi)
1 sudu teh serbuk agar-agar tanpa warna.
1/2 mangkuk air suam.
Cara memasak:
1.Bancuh serbuk agar agar dengan setengah mangkuk air suam tadi hingga larut. Ketepikan.
2.Jerangkan susu dan whipping cream bersama gula di atas api perlahan. Sentiasa kacau bagi elakkan hangit di bahagian bawah.
3.Bila sudah nampak buih buih kecil di tepi tepi periuk..masukkan bancuhan agar agar tadi dan kacau perlahan sehingga semua sebati. Pastikan tidak mendidih. Hanya guna api perlahan.
4.Setelah semua sebati. Akhir sekali masukkan madu tadi.
5.Tapis ke dalam mangkuk lain dan tuangkan di dalam acuan pilihan.
6.Biarkan sejuk sebentar di luar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
7.Boleh juga dihias dengan topping seperti serbuk matcha atau karamel atau potongan buah buahan.
Udang, ikan,sotong dan pelbagai makanan laut memang sedap dibuat sambal. Tambah pulak ada terung pipit, jering dan petai.
Sambal kalau nak sedap petuanya satu aje, tumis sambal tu sampai pecah minyak, baru terangkat sedapnya. Nanti boleh cuba 5 respi sambal dari hotel dan restoran terkemuka di Kuala Lumpur dan Selangor ni.
1. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
1 biji bawang besar/dihiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar. 7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang. Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Resipi : 20 Laman Cafe, Taman Desa Damai, Bangi
2. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
2 sm belacan bakar
150 gm bawang kecil
Garam secukupnya
2 sudu teh sos ikan
2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
3 biji limau kasturi/ perah jusnya
2 batang serai /dihiris halus
1 sudu makan serbuk kunyit
4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
5 biji cili merah
2 biji cili padi
1.5 sm belacan
2 biji bawang kecil/dihiris nipis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK : 1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar benar masak dan garing. 5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 8. Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 9. Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 10. Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 11. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya. 12. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 13. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 14. Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan gril/panggang Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF: Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
Resipi : Hotel New Word, Kelana Jaya, Petaling Jaya
3. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat. 2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 5 minit Cara memasak : Dihidang mentah Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
Resipi : Hotel Pearl Kl, Jalan Klang Lama
4. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1 .Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.. 2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi. 3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. 4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
Resipi : Hotel Pearl Kl, Jalan Klang Lama
5. SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN :
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil
5 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar /dikisar
3 ulas bawang putih/dikisar
15 biji cili kering/rebus dan dikisar
200 gm petai /dibuang kulit dan belah
1 asam keping
Gula secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing. 2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka. 4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak :25 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk sampingan, sambal Keistimewaan : Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu. Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF :Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.