
Isi Kandungan
ToggleTempe goreng biasa pun dah cukup sedap. Tapi kalau ditambah dengan bahan di bawah memang akan jadi super sedap. Cicah pula dengan sambal kicap memang meratah tak ingat.
Resipi tempe goreng super sedap
Bahan-bahan
Tempe -dipotong memanjang
Tepung beras
Tepung gandum
1 sudu jintan putih
Daun kari -digunting halus
Serbuk perasa
Garam
Cara memasak
1. Satukan tepung beras dan tepung gandum, pastikan kuantiti dua tepung adalah sama banyak.
2. Masukkan sekali jintan putih dan serbuk kunyit dan daun kari. Masukkan air, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3. Selepas sebati, masukkan tempe. Gaul hingga adunan menyaluti tempe.
4. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga kekuningan.
Hidangkan dengan sambal kicap.
Kredit resipi & foto: Salmah Muhamad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Bagi Peminat Hidangan Terung Goreng Berlado!

Pasti ramai peminat hidangan terung goreng berlada ni kan? Resepi yang sangat mudah dan enak di makan bersama nasi panas dan hidangan-hidangan lain. Jom kita cuba resepi ni!
RESEPI TERUNG GORENG BERLADA
Bahan-Bahan:
1) Terung (dibelah)
2) 1 bawang besar (dipotong)
3) Segenggam udang kering (direndam dulu)
4) 4 biji cili merah
5) 3 ulas bawang putih
6) 1 biji bawang besar
7) Asam jawa
8) Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1) Gorengkan terung & kemudian ketepikan dulu
2) Tumbuk cili, bawang besar & putih & udang kering yg sudah ditoskan airnya
3) Tumiskan semua bahan tumbuk tadi
4) Masukkan sedikit air & asam jawa serta bawang potong
5) Masukkan gula & garam secukup rasa
6) Masukkan terung & gaulkan rata..Siap!
Kredit resepi: Tiara Rahman
Chef Sue Arukin Kongsi Cara Mudah Buat Tempe Homemade Guna 3 Bahan.

Isi Kandungan
ToggleTempe homemade hasil air tangan Chef Sue M Arukin ni nampak best je. Putih bersih, pasti sedap. Tempe adalah makanan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Macam-macam menu boleh masak guna tempe ni. Kalau goreng cicah sambal kicap je pun dah cukup berselera. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA-CARA BUAT TEMPE HOMEMADE GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang soya (soy bean) – beli online DISINI
- 1 sudu teh ragi tempe – beli online DISINI
- 1 sudu makan cuka masakan
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Rendam kacang soya semalaman (minimum 24 jam). Basuh dan bersihkan.
2. Rebus dalam air secukupnya selama 30-45 minit. Kupas kulit luarnya dan belah kacang.
3. Rebus sekali lagi kacang soya dengan air secukupnya. Tambah cuka dan didihkan selama 10-15 minit lagi. Toskan dan bilas.
4. Tabur kacang (berjarak) di dalam dulang yang besar dan jemur hingga air benar-benar kering (dalam 1-2 jam).
5. Tabur ragi tempe ke atas kacang soya yang dah kering dan gaul rata (guna sarung tangan bagi mengelak lebihan air/peluh bercampur yang akan merosakkan tempe).
6. Timbang 50gm campuran kacang+ragi dan letakkan dalam daun pisang.
7. Bungkus daun pisang kemas-kemas. Balut balas dengan kertas atau pembungkus makanan jika ada.
8. Susun bungkusan tempe dalam bekas dan letakkan ditempat gelap dan kering (Chef Sue letak dalam berpenutup dan simpan dalam stor).
9. Peram tempe selama 1-2 hari. Di hari ke-3 bolehlah buka bungkusan dan tengok samada tempe dah jadi atau belum jadi sepenuhnya (kadang-kadang masih kelihatan kacang yang belum tersalut putih yang terhasil dari proses peraman).
10. Tempe yang dah jadi sempurna bolehlah dipotong dan dimasak mengikut cita rasa.
INFO DARI CHEF SUE:
1. Kacang soya boleh dibeli dimana-mana kedai/pasaraya/kedai barangan bakeri. Chef Sue guna kacang soya organic.
2. Ragi tempe boleh dibeli di kedai-kedai runcit atau secara online.
3. Selain daun pisang, boleh juga bungkus tempe dengan daun ketapang, daun lirih, daun nyirik dan apa jua daun bersaiz besar yang tidak bertoksid/beracun. Sebagai alternatif, boleh gunakan pembungkus makanan (warna coklat cair) atau plastik (pilihan terakhir).
4. Tempe akan matang setelah diperam sekurang-kurangnya 24jam. Tapi biasanya setelah 2-3 hari tempe akan jadi dengan sempurna.
5. Timbang 50gram setiap bungkus dari 500gm keseluruhan berat kacang soya menghasilkan 15-16 biji tempe saiz kecil. Kalau suka tempe size besar dan padat, boleh gandakan kuantiti kacang soya dalam setiap bungkusan.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-pauk-bajet-mudah-masak-sedap/
https://www.rasa.my/kompilasi-resipi-lauk-masak-lemak-sedap-mudah-buka-selera/
https://www.rasa.my/aneka-resipi-telur-dadar-yang-diolah-lebih-sedap-mudah-masak/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Tempe Homemade Yang Mudah & Dijamin Menjadi.

Jom belajar buat tempe homemade! Tempe memang antara yang menjadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, bahan ini boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis sajian enak. Nak masak Tempe Goreng cicah Sambal Kicap, Masak Lemak Cili Padi campur tempe, Sambal Tempe, Lontong, Sambal Goreng Jawa dan bermacam-macam lagi. Kalau anda nak tahu, tempe ni sangat mudah dihasilkan. Nak try? Jom cuba cara buat tempe secara homemade perkonsian saudara Lemang Biru dan isterinya Zaujah Abu Syuhadah. Ringkas je. Pasti anda kagum dengan hasilnya.
CARA BUAT TEMPE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kacang soya
- 2gm ragi tempe
- 10ml cuka makan
- Plastik pembungkus (boleh guna plastik 4 segi, plastik aiskrim atau pembungkus lain yang sesuai.)
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan kacang soya dan rendam kacang tadi guna air bersih selama 2 hari. Jika guna banyak kacang soya, pastikan air juga banyak.
2. Sepanjang tempoh 2 hari ini, sentiasa ramas kacang dengan lembut bagi membuang kulitnya.

3. Bila kulit tertanggal, ganti air baru sambil dikacau lagi bagi membuang sisa kulit kacang yang tertanggal. Paling bagus jika 70% kulit kacang dapat dibuang.
4. Bila cukup 2 hari, ramas lagi kacang soya untuk membuang sisa kulit serta untuk pecahkan kacang soya. Buat perlahan-lahan dan tukar airnya sekali lagi.
5. Masukkan kacang soya ke dalam periuk dan tambahkan air hingga tenggelam. Rebus selama 45 minit hingga 1 jam.
6. Bila cukup masa merebus, padamkan api dan masukkan cuka. Kacau. Buka kembali api dan rebus kacang sekali lagi hingga air menggelegak. Padamkan api.
7. Biarkan kacang di dalam periuk terendam selama 10 minit. Kemudian toskan. Sejukkan kacang soya tadi menggunakan kipas bagi mengeringkan airnya. Biarkan selama beberapa jam.
8. Seterusnya tabur kacang di dalam bekas yang dilapik kain yang sedikit tebal. (lebih mudah jika letak dalam bekas yang rata).
9. Ratakan kacang soya sambal pecahkan kacang soya yang masih melekat. Ramas dan gosok perlahan-lahan hingga betul-betul kering sepenuhnya.
10. Masukkan kacang tadi ke dalam periuk dan gaulkan bersama ragi tempe hingga rata. Ragi boleh dibeli di pasar. (ada juga yang jual secara online). Sukatan ragi: 1 kg kacang= 2gm ragi tempe.
11. Masukkan campuran kacang tadi ke dalam plastic bersesuaian. Ikat atau bungkus dengan kemas dan padat.
12. Dengan menggunakan jarum, cucuk lubang halus pada plastik tempe. Susun tempe di tempat yang sesuai seperti meja jaring atau atas redai.
13. Biarkan tempe selama 24 jam atau hingga ia mengapas sepenuhnya sebelum boleh dinikmati.
INFO RASA: Jika sukar untuk mendapatkan ragi tempe, cara lain yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan tempe itu sendiri. Apa yang perlu anda lakukan ialah keringkan tempe sehingga betul-betul kering. Kemudian kisar halus. Jumlah penggunaannya ialah untuk 1kg kacang soya, guna antara 8-10 keping tempe.
Kredit resipi & foto: Lemang Biru & Zaujah Abu Syuhadah