Minyak masak terpakai bekas gorengan ikan, ayam dan sebagainya ada yang akan menyimpannya dalam botol dan menjualnya kembali. Tapi ada juga yang tak berapa rajin, terus bungkus dan buang dalam tong sampah.
Selain buat perkara di atas, sebenarnya minyak masak terpakai ini masih berguna. Terutama jika ada menanam pokok buah-buahan di sekitar rumah.
Mungkin ramai tak tahu minyak masak terpakai ini adalah baja terbaik untuk menggalakkan pokok berbuah lebat.
Dipraktikkan oleh Kak Chah kata wanita ini, ia memang menjadi. Pokok mangga yang diletakkan minyak masak terpakai ini cukup lebat berbuah hingga patah dahan.
Ujar beliau, kaedah ini diperoleh hasil bacaan satu artikel dari luar negara dan dipraktikkan. Beliau turut berkongsi caranya.
Tuang minyak masak terpakai petua supaya pokok berbuah lebat
– Sediakan minyak terpakai bekas gorengan ikan, ikan bilis, ayam dan sebagainya.
– Tuang pada sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu. Penggunaan minyak masak terpakai hanya sedikit, satu senduk masak saja.
– Buat sebulan 3 atau 4 kali, bukan tiap tiap hari. Tuang minyak jauh dari batang bukan curah pada pangkal pokok.
– Petua ini hanya dipraktikkan untuk pokok yang ditanam atas tanah bukan dalam pasu.
– Boleh juga lakukan pada pokok buah-buahan selain mangga.
Sumber: Kak Chah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI