Makan

Tular Kes Nasi Ayam Claypot Guna Rice Wine, Chef Kongsi Pengalaman & Titip Pesanan

Share
Heboh di media sosial berikut kes restoran Nasi Ayam Claypot viral yang didakwa menggunakan bahan tidak halal dalam menu yang diniagakan.

Hal ini terbongkar setelah video ‘food review’ Nasi Ayam periuk tanah yang dijual peniaga tersebut di sebuah restoran menjadi tular. Difahamkan, peniaga itu mendakwa makanan yang kebiasaannya dimakan oleh bangsa Cina itu dijadikan versi halal supaya pelanggan beragama Islam turut dapat menikmatinya.

Bagaimanapun, hal itu disangkal netizen dengan mendakwa peniaga itu sebelum ini ada menggunakan ‘rice wine’ untuk memasak sebelum menukarnya kepada minyak bijan sebaik sahaja restorannya tular.

Maka tersebarlah video-video lama dari restoran tersebut yang mana ada kelihatan botol ‘rice wine’.

Bukan baru hal ini terjadi. Dalam rakaman video peniaga tersebut ada menyatakan beliau sudah 28 tahun beroperasi! MasyaAllah, bayangkan berapa ramai pelanggan yang telah menikmati sajian Nasi Ayam dari restoran ini.

Pasti ada yang berpendapat serta berfikiran macam-macam. Bahkan pasti ada yang kata “aku tak kisah sebab tak makan nasi ni” atau “nasib baik tak sempat terjah restoran viral ni”.

Harus ingat, rakyat Malaysia ni pantang dengan benda viral. Pasti akan dituju.
Selepas ini, sebelum mencuba tempat makan atau makanan baru yang tidak diketahui status halalnya, harus fikir panjang terlebih dahulu.

Isu ini telah menarik perhatian seorang pengguna laman sosial bergelar Chef untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar tukang masak profesional yang telah merantau ke serata negara dan menyediakan pelbagai jenis makanan.

Moga perkongsian ini membuka minda dan hati kita dalam pemilihan sumber makanan yang dinikmati.

Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicik kan.
Berwaspada lah saudara semua apa yang hendak kita makan.

Hi Salam semua, sebenarnya saya tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ini. Isinya ada tapi permulaannya sangat sukar untuk saya buka mukadimahnya.

Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sebarangan. Kesangsian kami terhadap makanan sangatlah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikkan itu.

Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata saya telah memasak macam macam hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram. Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu. Termasuklah anjing yang harus dibakar kulitnya untuk mendapatkan isinya. Ular sawa & katak itu adalah hidangan biasa.

Segala galanya telah saya lalui demi secebis ilmu. Apatah lagi masakan yang menggunakan Wine, Samsu, Sake ,Vodka dan tequila ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan. Lemak lemak protin haiwan juga digunakan sebagai base (ibu) pada masakan.

White stock dan roux yang dihasilkan menjadi Veloute. Lalu ia digunakan dalam semua masakan untuk rasa yang sangat umami. Veloute yang paling sedap adalah terhasil dari tulang sumsum seekor babi. Darah dan lemak juga sering digunakan di dalam menghasilkan stock. Ia dimasak hingga sebati dengan ramuan yang mana bila kita hirup rasa feelnya tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Maka jadilah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan.

Jadi ingin saya berpesan disini, berhati hatilah kalian semua jika ingin menikmati hidangan di luar. Terutama NASI AYAM, MEE KARI, SUP & segala makanan jenis berkuah. Cari lah yang halal bukan yang shubhat.

Jangan mudah percaya dengan papan tanda “NO PORK , NO LARD” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dasyat. Hanya kami yang mengetahui.

Mohon maaf ampun seribu ampun jika penulisan ini menyinggung sesetengah pihak. Bukan juga untuk saya membuka pekung di dada. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Ini lah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang Chef demi secebis ilmu.

Mohon maaf sekali lagi pada semua. Salam ukhwah dan kasih sayang. Semoga Allah mengampuni dosa saya yang lalu dan kalian semua.

Pada semua Chef muslim, memasak lah dengan penuh beretika dan tanggung jawab. Kita semua akan di pertanggungan jawab kan atas segala galanya.
Hanya kepada Allah kita berserah. Wallahhualam

Nota kaki: Di bawah ini adalah gambar gambar lama, bukan gambar terkini. Ada banyak lagi foto-foto yang tidak manis untuk saya upload di sini.

Kredit : Abang Ameen

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur