Walaupun ringkas namun menu ini boleh menaikkan selera. Paling enak dinikmati bersama nasi panas dan ikan masin. Terbaik!
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk paku | dibersihkan
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1 ulas bawang putih
- Segengam udang basah
- 1 biji cili merah | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
- Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
- Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.