Tumis Dulu Baru Padu, Begini Resipi Daging Masak Lemak Yang Sedap

Share

Bagi penggemar sajian Daging Masak Lemak, resipi ini pastinya membuka selera. Makan tiap hari pun tidak mengapa. Tak ada rasa jemu kerana menjadi kegemaran.

Terdapat pelbagai resipi Daging Masak Lemak yang dikongsi. Ada yang perlu ditumis dan ada yang tidak. Hanya didihkan bahan kisar bersama santan. Mana satu yang sedap? Jujur, keduanya punya keistimewaan dan keunikan masing-masing. Ada dikalangan kita yang suka rencah yang ditumis. Ada yang tidak. Pucuk pangkalnya berbalik pada selera masing-masing.

Kali ini RASA kongsikan resipi Daging Masak Lemak versi tumis yang dikongsi oleh saudara Yayar B. Awang Noh. Nampak sangat sedap dan mudah disediakan. Jom cuba lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara-cara memasaknya.

RESIPI DAGING MASAK LEMAK SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
  • 800gm daging (direbus guna periuk tekanan tinggi 8 minit)
  • 2 batang serai – dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 keping asam gelugur beli online disini
  • 1 kotak santan (200ml) beli online disini
  • Garam, gula dan perasa dengan secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN-BAHAN TUMIS (KISAR):
  • 3 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit beli online disini
  • Cili padi secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak masak dengan secukupnya dan tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau.

2. Masukkan serai, daun limau purut dan asam keping. Kacau lagi hingga sebati.

3. Seterusnya masukkan daging serta sedikit air rebusan daging.

4. Tambahkan santan kotak. Jika tiada, boleh sahaja guna santan segar.

5. Perasakan dengan gula, aji dan garam dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.

6. Daging Masak Lemak siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Yayar B. Awang Noh

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur