Yang tua disantuni dan yang muda didekati. Itulah perumpaan yang boleh diberikan buat syarikat pengeluaran makanan jenama terkenal, Bestari Food yang turun padang menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam memerangi pandemik Covid-19 ini.
Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 iaitu ‘Malaysia Prihatin’, Bestari Food baru-baru ini berganding bahu memberi sokongan kepada rakyat Malaysia tidak kira agama mahupun bangsa.
Melalui kempen ‘Charity Aidilfitri 2021’, Bestari Food memperuntukkan RM100,000 yang diagih-agihkan kepada rumah-rumah kebajikan (anak-anak yatim mahupun orang tua) yang telah dicadangkan sendiri oleh pengguna melalui laman sosial media Facebook Bestarifood.
Antaranya Rumah Jagaan Warga Tua Jasheira, Rumah Charis, Rumah Kebajikan Old Klang Road, Rumah Nur Shaheera, Rumah Pakat Kampung Kerayong, Penjagaan Orang Tua En Teck, Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Kesayanganku Selangor serta CSR Jalan Durian.
Bestari Food berharap, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan serta memudahkan urusan harian mereka.
Tidak dilupakan, sukarelawan daripada Bestari Food serta chef turut turun padang menyajikan hidangan berbuka puasa di salah satu rumah kebajikan pada bulan puasa yang lalu.
Nyata walaupun sentuhan yang kecil, mampu untuk menggembirakan anak-anak yatim dan juga warga emas yang dapat menikmati hidangan berbuka puasa yang disediakan.
Sukarelawan juga turut meluangkan masa dan mendengar cerita serta keluh kesah mereka.
Ia sedikit sebanyak dapat membahagiakan dan merasakan mereka dihargai.