Tutti Frutti Tart Cookies, Laku Keras DiBuat Niaga

Share

Tutti Frutti Tart Cookies ni memang mudah dibuat. Kalau buat niaga pasti laku keras. Yang penting jangan lokek inti, inti tu yang buat sedap.

Ni resipi dari Mariana Zainal, katanya,“Kalau tak mahu bubuh dalam tart shell, boleh aje bubuh dalam paper cup.” . Tapi sekarang ni kalau tak rajin nak buat tart shell (kulit tart) ni boleh aje beli dah siap.” Tapi kalau min kalau nak puas hati buat sendiri kulit tart tu , boleh buat banyak sikit.

TUTTY FRUTTI TART COOKIES
(Resipi Mariana Zainal)

Bahan kulit tart(Tart Shell) :

  • 290gram tepung gandum
  • 170gram mentega
  • 50gram gula aising
  • 1 bji telur gred c
  • Sedikit esen vanilla

Bahan inti:

  • 500gm cornflakes(marliana guna yang kecil beli di bakeri)(kalau beli yang biasa ramas sikit2 ja)
  • 1 cawan badam slice(bakar)
  • 1 cawan badam nibs(bakar)
  • 1/2 cawan walnut (bakar) *opsyen takde pun tak apa
  • 1/2 cawan ceri merah
  • 1/2 cawan ceri hijau
  • 3/4 cawan madu
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega
    (semua kekacang bakar sekejap 8-10minit)

CARA PENYEDIAAN:
Cara buat kulit tart :
1. Satukan mentega dan gula aising. Kacau hingga sebati, dah sebati masukkan telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.


2.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh.
3.Simpan doh dlm peti ais selama 1 jam(barulah kulit tart cantik).

4.Teraplah guna acuan,cucuk-cucukkan bahagian dalam/tengahnya sikit..
5.Bolehlah bakar pada suhu 180*c api atas dan bawah, selama 18-20 minit, dah sejuk baru keluarkan daripada acuan.

Cara buat inti :
1. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan gula.
2. Apabila gula dah mencair masukkan madu, masak hingga berbuih ganas.
3. Dah berbuih ganas masukkan cornflakes,badam2,walnut,ceri merah/hijau. Kacau sebati dan tutup api.
4. Masukkan inti dalam shell tart,tak payah penuh sangat. Bakar 5 minit suhu 180* api atas dan bawah.
(jika inti masih berbaki boleh masukkan dlm papercup yang kecil dan bakar 5 minit juga)
5. Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.

Kredit FB : Mariana Zainal

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib