Tak tau nak masak apa hari ni, Apa kata korang cuba empat menu atentik yang telah diolah semula sesuai dengan cita rasa sekarang, sungguh sedap dan sesuai dengan tekak seisi keluarga. Yang penting resipi mudah dan bahan senang cari. Sesekali ubah selera tak salahkan?  Memang terbaik menu ni,

 Ubah Selera Dengan 4 Menu Tak Banyak Guna Bahan, Senang Masak & Sungguh Sedap.

TEMPE GORENG BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tempe | hiris kecil
  • 50gm daging kisar
  • 1/2 sudu teg serbuk lada hitam
  • 1 tangkai daun bawang | hiris halus
  • 50gm keju Cheddar | parut
  • 100gm bawang besar | cincang
  • 4 biji telur
  • 2 sudu makan serbuk roti
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskannya.
  2. Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
  3. Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
  4. Masukkan pula bawang besar, daun bawang  garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur kedalamnya dan adun rata.
  6. Sediakan loyang  dialas dengan plastik dan disapu minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
  7. Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga ia masak.
  8. Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
  9. Panaskan minyak, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
  10. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili

Ubah Selera Dengan 4 Menu Tak Banyak Guna Bahan, Senang Masak & Sungguh Sedap.

MASAK KICAP  BEBOLA DAGING INTI TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging kisar
  • 1 biji telur ayam
  • 2 biji tomato | potong dadu
  • 6 ulas bawang merah |hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih  | hiris nipis
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
  • 6 sudu makan minyak masak untuk menumis
  • 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh parutan buah pala
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan daging kisar, garam, gula, lada hitam, parutan buah pala, sedikit kicap dan telur. Gaul rasa.
  2. Ambil sedikit adunan daging, masukkan di dalamnya telur puyuh dan bulat-bulat. Lakukan hingga habis dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga coklat keperangan. Angkat dan ketepikan.
  4. Menggunakan kuali yang sama tumis, hirisan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan sedikit air, biarkan hingga mendidih, masukkan pula bebola daging yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan bahan lain seperti kicap dan parutan buah pala, serbuk lada htan, sos tomato, hirisan kentang .
  6. Masak hingga kentang empuk, sebelum angkat perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Ubah Selera Dengan 4 Menu Tak Banyak Guna Bahan, Senang Masak & Sungguh Sedap.

SERUNDING DAGING KELAPA:

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm daging batang pinang | hiris nipis
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 8 helai daun limau purut
  • 250gm kelapa parut
  • 250gm air
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 biji cili merah
  • 3cm lengkuas
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 2 sudu makan gula perang

CARA MEMASAK:

  1. Hirisan daging diketuk dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, kemudian masukkan daging,bahan kisar dan daun limau purut. Kacau rata.
  3. Masukkan air, kecilkan api menjadi sederhana dan biarkan air kering.
  4. Masukkan pula kelapa parut, terus kacau hingga kering, Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila dendeng sudah kering dan cukup rasa, Angkat dan hidangkana panas-panas.

Ubah Selera Dengan 4 Menu Tak Banyak Guna Bahan, Senang Masak & Sungguh Sedap.

PEPES UDANG & TAUHU:

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm udang  | saiz sederhana
  • 1 biji tomato | cincang
  • 200gm tauhu putih | hancurkan
  • 3 tangkai daun kemangi | hiris
  • 1 biji telur
  • 8 biji cili padi | hiris
  • 3 helai daun salam | hiris
  • 1/2 cawan santan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai | hiris
  • Aluminium foil secukupnya

BAHAN KISAR: 

  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1cm haia
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan udang dengan sedikit garam dan air limau nipis, kemudian cuci bersih dan toskan.
  2. Kemudian campurkan udang bersama tauhu yang telah dihancurkan bersama hirisan cili, tomato, daun kemangi, telur, serai, santan dan bahan kisar.
  3. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Ambil aluminium foil, letakkan atasnya daun salam, kemudian lapiskan dengan adunan pepes.
  5. Bungkus bentuk empat segi.
  6. Panaskan pengukus, dan kukus pepes lebih kurang 15 minit.
  7. Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI