
Ubi kayu boleh diolah jadi pelbagai hidangan yang menyelerakan. Salah satunya adalah ubi rebus tumis cili. Boleh dijadikan lauk dan boleh juga dimakan begitu saja untuk sarapan. Ini juga mungkin menu nostalgia buat sebahagian daripada kita yang dinikmati ketika masih kecil seperti Qaseh Aney yang berkongsi resipi ini.
Resipi ubi rebus tumis cili

Bahan-bahan
2 kg ubi kayu
1 ketul pati ayam
1 sb serbuk perasa
2 sb gula
2 sb serbuk kari
Minyak masak secukupnya
Bahan kisar
1 genggam ikan bilis
20 tangkai cili hijau & merah
10 tangkai cili besar merah
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara membuat
1. Ubi kayu dibersihkan kemudian direbus hingga empuk. Sejukkan dan potong dadu.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
3. Masukkan bahan perasa dan serbuk kari dan tumis lebih kurang 20 minit dengan api sederhana supaya tak hangit.
4. Selepas bahan tumis masak masukkan ubi kayu dan gaul sebati. Masak lagi dalam 10 minit kemudian boleh tutup api. Sedia dihidangkan

Kredit resipi & foto: Qaseh Aney
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Tempoyak Sedapnya Lain Macam

Resipi pisang muda masak lemak cili Api tempoyak ini memang sedapnya lain macam sungguh. Kalau dimasak untuk hidangan berbuka, mesti bertambah nasi.
Ini memang menu orang dulu-dulu. Dicampur pula dengan ikan bilis dan tempoyak. Nostalgia sangat. Ikut saja perkongsian resipi daripada puan Suisan Alieza ini. Memang menjadi sungguh.
Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan:

1 sisir pisang muda – dicuci bersih
Cili Api – ditumbuk – boleh beli online di sini
Kunyit hidup – ditumbuk
Tempoyak
Asam keping – boleh beli online di sini
Ikan bilis – boleh beli online di sini
1 1/2 biji kelapa parut – diperah dan ambil pati
Garam – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Potong pisang seperti dalam gambar dan rendam dengan air garam dan asam keping 9saya guna pisang emas). Pisang tu ikut banyak mana yang nak. Kalau lebih daripada sesisir, jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul-betul pekat kuahnya nanti.
Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang. Masak dan kacau sehingga mendidih. Bila pisang hampir lembut masukkan tempoyak.
Kemudian masukkan garam secukup rasa. Gaul sebati.

Siap! Gandingkan pula dengan ikan goreng. Memang mantap. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sayur Keladi Masak Tempoyak, Budu Rahsia Masakan Ini Lebih Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
4 Aneka Masakan Cina Sungguh Menyelerakan & Sedap.

Sekali sekala tukar selera masak sajian Cina memang sedap nih. Best kalau dapat makan lauk pauk yang dimasak stail depa. Cendawan, asparagus, akar teratai adalah sayuran yang sering menjadi bahan ramuan yang sungguh enak.
Dicampur makanan laut lagi lah bertambah lazat rasanya. Ni min kongsikan 4 hidangan Cina yang boleh meleleh air liur melihatnya.
1. SAUTÉED ASPARAGUS WITH SHIMEIJI MUSHROOM

BAHAN-BAHAN:
- 300gm asparagus | kupas kulit dan potong
- 20gm shimeiji mushroom
- 20gm lily bulb segar | asingkan lapisan demi lapisan
- 3gm bawang putih | kupas dan biar sebiji sebiji
- 3gm garam
- 3gm serbuk ayam
- 3gm gula
- 30gm minyak masak
CARA-MEMASAK
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng sehingga bawang putih bertukar kekuningan.
2. Masukkan asparagus, lily bulb dan cendawan Shimeiji. Goreng lagi sehingga kelopak lily bulb bertukar menjadi lut sinar.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk ayam secukupnya dan teruskan menggoreng untuk seminit lagi.
4. Tutup api dan angkat.
5. Sedia dihidangkan.
Info chef: Lily bulb merupakan akar tangkai (rootstalk) bunga lily dan mirip seperti bawang putih. Di dalam perubatan Cina, ia dikatakan berkhasiat membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Rasa segar sayuran
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
2. SAUTÉED SCALLOPS WITH ASSORTED VEGETABLES & MACADAMIA NUTS

BAHAN-BAHAN:
- 300gm Kekapis (scallop)
- 50gm Kacang Macadamia panggang
- 50gm Batang saderi| hiris
- 50gm Sweet Pea
- 10gm Lily Bulb | asingkan lapisan demi lapisan
- 50gm Lobak merah | hiris
- 50gm Halia | hiris
- 50gm Akar teratai | hiris
- 3gm Garam
- 3gm Serbuk ayam
- 3gm Gula
- 50gm Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan sweet pea, hirisan lobak merah, halia, saderi, lily Bulb, akar teratai dan kekapis. Kacau sekata kira-kira seminit.
2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Goreng kira-kira 30 saat.
3. Kemudian masukkan kacang macadamia dan teruskan menggoreng untuk 10 saat lagi. Tutup api dan hidangkan di dalam pinggan.
4. Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Tekstur kekapis yang agak kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
3. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK

BAHAN-BAHAN:
- 50gm Shimeiji Mushroom | bersihkan, asingkan setiap batang
- 40gm Serbuk kuning telur masin
- 20gm Serbuk Keju Parmesan
- 5gm Serbuk ayam
- 10gm Gula
- 100gm Planta
- 800gm Minyak masak
- 100gm Tepung gandum
- 60gm Air
CARA MEMASAK:
1. Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
2. Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
3. Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
4. Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
5. Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
6. Hidangkan ketika panas.
Info chef: Cara membuatnya seperti membuat cendawan goreng celup tepung.
Saiz hidangan: 2-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Sangat sedap
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan goreng
4. SZECHUAN BEEF

BAHAN-BAHAN
- 600gm Daging lembu Australia | bersihkan, potong dadu kira-kira 1.5cm besar
- 50gm Capsikum hijau | potong dadu 1.5cm lebar
- 50gm Capsikum merah | potong dadu 1.5cm lebar
- 50gm Capsikum kuning | potong dadu 1.5cm lebar
- 50gm Lobak merah | hiris nipis, bentukkan seperti bunga
- 20gm Cili kering | potong
- 30gm Spicy Hot Bean Sauce
- 20gm Sos tiram
- 10gm Serbuk ayam
- 4 sudu makan air
- 50gm Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
3. Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
5. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili padi.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Daging yang masih agak kenyal ketika dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Masakan Kampung Gulai Pucuk Ubi & Ikan Masin, Memang Sedap!

Sekali sekala menikmati masakan kampung memang menyengat selera. Lagi-lagi resipi gulai daun pucuk ubi dan ikan masin ini. Memang terbaik rasanya!
Resipi yang dikongsi Riyani Rupat Riau ini, memang mudah saja nak memasaknya. Jom kita masak!
GULAI DAUN PUCUK UBI & IKAN MASIN

BAHAN A:
1 ikat daun pucuk ubi
200gm ikan talang masin
2 helai daun kunyit
1 kotak kecil santan – beli online di sini
TONTON Laksa Johor Yang Wajib Try | Makan Di Mana
BAHAN B:
1 labu bawang merah besar – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
10 tangkai cili kering (kalau tak suka pedas boleh kurangkan) – beli online di sini
1 sudu kecil serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup (saya tak ada stok kunyit hidup jadi guna yang serbuk je)
TONTON Makaroni Ulam Bakar – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi
CARA MASAK:
1. Rebus daun pucuk ubi. Untuk hasil daun pucuk ubi lembut dan tetap hijau, campur air rebusan dengan sedikit air kapur dan sedikit garam.

2. Setelah daun pucuk ubi lembut, angkat masuk dalam bekas dan siram guna air paip. Perah daun pucuk ubi dan leraikan guna tangan atau potong guna pisau pun boleh.
3. Rendam ikan masin dengan air panas selama 10 minit dan cuci bersih.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Cuci bersih daun kunyit.
5. Kisar bahan B. Kemudian, tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak, masukkan ikan masin gaul sekejap dan masukkan 2 cawan air.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Masukkan garam, gula, dan sedikit ajinomoto.
7. Biarkan sampai air mendidih, baru masukkan 2 helai daun kunyit dan daun pucuk ubi yang sudah direbus tadi.

8. Masukkan 1 kotak santan. Kacau-kacau sekejap dan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi: Riyani Rupat Riau
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lempeng Lembut Gebu Sampai Esok Pagi, Wanita Ini Kongsi Petuanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

