Musim hujan ni sejuk. Jadi selalulah perut lapar. Hujan-hujan ni sedap kalau makan pedas-pedas sikit, kan? Apa kata kita buat ubi kayu sira gula pedas. Sedap sesangat. Jangan lupa bancuh kopi o. Terangkat la makan macam ni. RASA kongsikan resipi daripada status facebook atas nama Fatin Ramli.
Petang-petang ni dok saja-saja nampak ubi kayu so tercetus la menu zaman kanak-kanak dulu, sedap wea lama tak makan, ubi sira gula pedas Dulu kecik-kecik cukup suka makan ni, ni dah kira 20 tahun kemudian Baru nak merasa balik. Simple je rupanya buat ubi ni.
UBI KAYU SIRA GULA PEDAS
BAHAN-BAHAN
3 tongkol ubi kayu
Minyak masak
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
Gula
Garam
Ads
CARA MEMBUAT
1. Potong ubi kayu ikut cita rasa masing-masing.
2. Goreng ubi kayu sampai kekuningan dan empuk.
3. Angkat ubi kayu. Ketepikan.
4. Tumis bawang putih.
5. Masukkan cili kisar. Tumis lagi.
6. Masukkan gula dan garam.
7. Biarkan cili masak. Masukkan ubi kayu tadi.
8. Salut ubi kayu serata mungkin. Siap!
Ada yang panggil kuih bakar pandan, ada yang panggil bingka tepung. Tapi suka yang jenis kosong begini tidak letak bijan. Janji sedap dan menjadi kuih kesukaan seisi keluarga.
Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula (kurangkan kalau tak nak manis)
1 cawan air pandan
2 1/2 cawan santan
Sedikit garam
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan dan kacau.
2.Nak bagi sebati , boleh blend kejap.
3.Kemudian bolehlah dimasukkan dalam loyang dan dibakar.
4.Bakar dalam oven suhu dengan suhu 200 selama 1 jam.Kalau nak kerak lebih, bakar la lama sikit.
Ramai menggemari muffin dan sangat sedap dan sangat comel bila disediakan dalam acuan atau cawan kertas yang cantik dan pelbagai bentuk dan sesuai sebagai kudapan. Cukup dengan mengambil sebiji muffin bersama secawan kopi sarapan atau minum petang korang menjadi sempurna. Sebenarnya untuk menyediakan muffin juga sangat mudah. Ini ada lima tip perlu korang perhatikan semasa membuat muffin bagi mengelakkannya dari bantat atau tidak menjadi sempurna.
SUKAT BAHAN DENGAN BETUL
Salah satu punca muffin tak menjadi adalah sukatan bahan tidak sama dengan resipi. Oleh itu, korang perlu sukat bahan dengan betul ikut resipi. Jika menggunakan ukuran cawan, sebaliknya korang gunakan pisau untuk meratakan permukaan cawan yang berisi bahan.
ASINGKAN BAHAN KERING DAN BASAH
Walaupun akhirnya semua bahan muffin akan dicampurkan, tapi sebelum mengadun korang perlu asingkan bahan kering dan basah dalam bekas berbeza. Mencampurkan semua bahan dari awal akan menyebabkan muffin bantat. Oleh itu, adaun bahan basah dahulu, kemudian campurkan sedikit demi sedikit bahan kering dan adun hingga sebati.
ELAKKAN MENCAMPUR BAHAN TERLALU LAMA
Memang betul anda perlu pastikan semua bahan adunan diadun sebati tetapi bukan bermakna korang boleh mengadunnya terlalu lama, kerana cara ini juga boleh mengundang muffin korang bantat. Sebenarnya, cara mengadun bahan muffin yang betul ialah, asalkan semua bahan bercampur rata saja sudah memadai untuk terus dibakar.
MASUKKAN BAHAN TAMBAHAN LAIN SETELAH BAHAN DIADUN
Jika korang nak tambah bahan lain seperti kekacang, choco chips, parutan keju atau kismis, pastikan korang masukkan selepas adunan muffin siap, Gaulkan sekejap asalkan bahan campuran rata dalam adunan sudah memadai dan adunan sedia dimasukkan dalam acuan.
SAPUKAN MENTEGA PADA ACUAN
Agar Muffin tidak melekat, sebaiknya korang sapukan acuannya dengan mentega. Jika menggunakan cup atau cawan kertas sebaiknya lapiskan cawan kertas itu menjadi dua untuk memastikan bentuk cawan kertas tidak kembang dan muffin lebih cantik. Bila sudah masak, boleh tanggalkan lapisan luarnya itu.
MASUKKAN ADUNAN 3/4 ACUAN SAJA
Sebaiknya isikan adunan muffin dalam acuan pada paras 3/4 saja kerana muffin akan berkembang cantik dan merekah sempurna. Untuk memastikan setiap isian sama, korang boleh gunakan sudu atau skop aiskrim semasa memasukkan adunan ke dalam aduan. Jangan sesekali mengisi adunan sehingga penuh acuan, ia akan menadikan muffin keras dan bantat.
CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
125 gm tepung gandum
7 gm baking powder
75 gm mentega yang telah dicairkan
75 gm susu sega
75 gm gula caster
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips | tabur
CARA MEMASAK:
Kacau sebati mentega yang dicairkan bersama susu, gula, telur dan vanilla.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama baking powder.
Kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
Seterusnya masukkan chocolate chips di dalamnya dan gaul asal rata.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh.
Tabur chocolate chips di atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.
Ikan Bakar Portugis memang menu popular masyarakat Malaysia. Aroma wangi bahan tumisan menyalut dengan ikan talapia dan dibakar, memang terlajak sedaplah..
Ikan Bakar Ala Portugis memang menu popular masyarakat Malaysia. Aroma wangi bahan tumisan disalut dengan ikan talapia dan dibakar, memang terlajak sedaplah..
IKAN BAKAR TALAPIA ALA PORTUGIS
BAHAN KISAR:
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Sedikit belacan
INFO: Semua bahan dikisar sekali dan halus.
BAHAN-BAHAN:
Ikan talapia
Serai
Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus.
2. Bila sudah pecah minyak masukkan daun limau purut atau daun kesum.
3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau hendak berkuah boleh tambah sedikit air . Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan asingkan dulu.
4. Letakkan ikan atas aluminium foil.
5. Salutkan dengan sambal yang ditumis tadi dan susun terung atau bendi.
6. Balut dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana. Untuk elakkan hangus boleh tuangkan sedikit air dalam pemanggang ajaib.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.