Makan

Udang Butter Nestum Menu Mudah Kegemaran Ramai. Ratah Saja Pun Sedap!

Share

Udang Butter Nestum Menu Mudah Kegemaran Ramai khususnya buat yang menggemari makanan laut. Rangup ketika dikunyah dengan cukup rasa, makan begitu saja pun sedap.

Lebih puas kalau dapat buat sendiri di rumah. Makan dengan keluarga baru lebih bermakna. Buat udang banyak-banyak seronok anak-anak makan.

Kalau nak gantikan dengan ayam atau sotong pun boleh juga. Jangan lupa cuba nanti!

RESIPI UDANG BUTTER NESTUM

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg udang (saiz besar lebih baik)
3 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih dicincang – BELI ONLINE
2 biji cili padi diracik –BELI ONLINE
1 mangkuk kecil tepung jagung –BELI ONLINE
1 mangkuk Nestum
3 tangkai daun kari
Lada sulah -BELI ONLINE
Serbuk perasa/perencah cukup rasa
Garam
Gula

CARA MEMBUAT:

1.Setelah udang dibersihkan, gaul udang dengan garam hingga sebati.

2. Masukkan lada sulah. Sebatikan.

3. Seterusnya masukkan tepung jagung dan gaul dengan udang hingga sebati.

4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan.

5. Goreng sekejap sahaja dengan api besar. Angkat dan toskan. Ketepikan.

6. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Cairkan.

7. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis hingga wangi.

8. Selepas itu masukkan nestum dan kacau hingga sekata.

9. Masukkan serbuk perasa/rencah cukup rasa.

10. Masukkan sedikit gula dan kacau hingga sebati.

11. Akhirnya sekali masukkan udang yang telah siap digoreng tadi. Balik-balikkan supaya nestum menyelaputi udang. Hidangkan.

Sumber kredit: Zaki Ahmad

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin