Udang Butter Nestum menjadi kegemaran ramai terutama pencinta makanan laut. Rasanya yang rangup ketika dikunyah membuatkan kita begitu leka menambah nasi di dalam pinggan. Mungkin kalau makan di restoran tidak berapa puas makan. Kalau nak puas makan, apa kita buat sendiri sahaja Udang Butter Nestum ini. Cara buat Udang Butter Nestum ada dikongsikan oleh Zaki Ahmad
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg udang (saiz besar lebih baik)
3 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih dicincang – BELI ONLINE
2 biji cili padi diracik –BELI ONLINE
1 mangkuk kecil tepung jagung –BELI ONLINE
1 mangkuk Nestum
3 tangkai daun kari
Lada sulah -BELI ONLINE
Serbuk perasa/perencah cukup rasa
Garam
Gula
CARA MEMBUAT:
1.Setelah udang dibersihkan, gaul udang dengan garam hingga sebati.
2. Masukkan lada sulah. Sebatikan.
3. Seterusnya masukkan tepung jagung dan gaul dengan udang hingga sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan.
5. Goreng sekejap sahaja dengan api besar. Angkat dan toskan. Ketepikan.
6. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Cairkan.
7. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis hingga wangi.
8. Selepas itu masukkan nestum dan kacau hingga sekata.
9. Masukkan serbuk perasa/rencah cukup rasa.
10. Masukkan sedikit gula dan kacau hingga sebati.
11. Akhirnya sekali masukkan udang yang telah siap digoreng tadi. Balik-balikkan supaya nestum menyelaputi udang. Hidangkan.
Sumber kredit: Zaki Ahmad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official