
Masakan berasaskan udang memang menjadi kesukaan ramai. Jika anak tak suka masakan bersambal boleh cuba resipi udang butter milk ini. Resipi ni atas masing-masing ,nak letak cili api ataupun tak. Nak pedas boleh letak. Malah nak tukar letak ayam pun boleh. Tapi ayam tu anda kena goreng tepung dulu la sebelum tu. Senang je nak buat! Dah la senang, sedap pula tu.
CARA MASAK UDANG BUTTERMILK SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- Udang galah – saiz besar/ sederhana
- Mentega – lagi banyak lagi sedap
- ½ tin susu cair – nak berkuah boleh letak lebih
- 7 ulas bawang putih – dikisar halus
- Cili api kalau suka – tumbuk/kisar halus bersama bawang putih
- MAGGI®️ CukupRasa
CARA MEMASAK:
- Goreng udang terlebih dahulu dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
- Guna minyak bekas goreng udang tadi untuk tumis bawang putih.
- Bila bawang putih kelihatan agak garing, masukkan susu cair dan MAGGI®️ CukupRasa.
- Kacau sebati. Masukkan udang. Gaul lagi.
- Masak sehingga pekat. Angakt dan siap untuk dihidang.
PETUA: Bagi anda yang suka pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi dalam tumisan. Memang sangat sedap.Untuk rasa lebih sedap, guna undang bersaiz besar.Barulah lebih puas makan.
Kredit foto: Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
RASA Bubur Lambuk Warisan Mini Kembali. 1500 Pek Bubur Lambuk Bakal Diagihkan

Baru sahaja selesai Program RASA Bubur Lambuk Warisan di Dataran Shah Alam minggu lalu. Fuh… Memang meriah. Mana tidaknya, lebih 6000 pek Bubur Lambuk habis diagihkan kepada orang ramai. Terima kasih kepada para pengunjung yang berpusu-pusu datang demi merasai sendiri keenakan 10 jenis Bubur Lambuk yang disediakan.

Dek kerana sambutan yang sangat menggalakkan, minggu ini RASA dengan kerjasama rakan penaja AJI-SHIO® kembali memeriahkan Ramadan anda dengan Program RASA Bubur Lambuk Warisan Mini yang bakal dijalankan pada 8 April ini.

Bertempat di Aeon Mall Shah Alam, sebanyak 1500 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan kepada para pengunjung dan juga kepada masjid terpilih.

Program Bubur Lambuk kali ini tentunya lebih istimewa dan membawa makna yang tersendiri kerana adanya AJI-SHIO®. Tahun ini merupakan tahun kelima AJI-SHIO® bersama-sama RASA & Nu Ideaktiv bagi menjayakan Program Bubur Lambuk.
Setia bersama sedari tahun 2019, AJI-SHIO® adalah rakan penaja di Program RASA Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor.


Diikuti tahun berikutnya dimana AJI-SHIO® turut sama menjayakan RASA Bubur Lambuk 2U dengan berganding bahu memasak dan menyumbangkan pek Bubur Lambuk kepada para frontliners.



Tahun lalu RASA & AJI-SHIO® terbang jauh untuk menyantuni orang-orang Kota Bharu dengan menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Perdana.


AJI-SHIO® JADIKAN BUBUR LAMBUK JADI LEBIH ENAK & MUDAH DIMASAK
Bagi penggemar Bubur Lambuk, hidangan ini tentunya tidak boleh ditinggalkan bila tiba bulan Ramadan. Sedap berlemak memang memikat selera. Penggunaan ramuan berkualiti memberikan rasa yang terbaik. Ditambah pula dengan campuran AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa, menaikkan lagi keenakan dan aroma Bubur Lambuk. Semunya cukup rasa. Bila makan, terasa nikmatnya.

AJI-SHIO® adalah salah satu bahan terbaik yang mampu membuatkan Bubur Lambuk jadi lebih cepat dimasak, rasa yang lengkap dan enak. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan rasa Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.
Selain Bubur Lambuk, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa juga sesuai digunakan dalam pelbagai jenis menu kegemaran anda yang lain. Masakan tradisional atau moden, semuanya sesuai. Hanya tambah sedikit sahaja dalam masakan sahur atau berbuka, hidangan enak untuk keluarga tercinta sudah tersedia. Mudah kan? Memang sangat membantu para ibu di dapur.
JOM RASAI SENDIRI KEENAKAN BUBUR LAMBUK AJI-SHIO®
Tahun ini, sekali lagi RASA & AJI-SHIO® kembali bergabung untuk menyantuni warga Selangor dengan mengadakan Program RASA Bubur Lambuk Warisan Mini.

Projek dengan kerjasama Aeon Mall Shah Alam sebagai penaja lokasi ini tentunya anda wajib hadiri. Rugi kalau tidak merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan produk-produk AJI-SHIO®.

Selain pengedaran Bubur Lambuk, ada pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang bakal berlangsung, persembahan buskers dan juga penampilan Chef Zam Akmal.

Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Aeon Mall Shah Alam pada hari Sabtu, 8 April ini.
Jumpa anda di sana!
Nak masak sendiri Bubur Lambuk AJI-SHIO® yang sedap ni? Jom cuba!

Resipi Kek & Biskut Raya Yang Sedap Tak Terkata. Sekali Buat, Gerenti Jadi

Syawal bakal menjelma. Ibu-ibu tentunya sibuk merancang untuk membuat kek dan biskut raya yang menjadi kegemaran sekeluarga. Walaupun kita beraya dalam keadaan norma baharu, kuih raya tetap perlu ada di atas meja. Apa kata untuk Syawal kali ini, kita cuba cipta resipi kek dan biskut baru yang sedap dan menyelerakan.
Dengan menggunakan produk Dr. Oetker Nona, segalanya menjadi lebih mudah dan resipi anda gerenti menjadi jika menggunakan sukatan yang tepat. Dalam sekelip mata, pelbagai jenis kek dan biskut yang enak boleh dihasilkan.

Dr. Oetker Nona hadir dengan rangkaian produk membuat kek dan biskut yang lengkap. Antaranya Dr. Oetker Nona Serbuk Koko, Dr. Oetker Nona Sodium Bikarbonat, Dr. Oetker Nona Tepung Naik Sendiri, Dr. Oetker Nona Tepung Biasa, Dr. Oetker Nona Tepung Kastard, Dr. Oetker Nona Kanji Jagung, Dr. Oetker Oats Segera, Dr. Oetker Nona Esen Vanilla, Dr. Oetker Nona Hundreds & Thousands dan lain-lain.
Rangkaian produk yang lengkap ini memudahkan kita untuk membuat dan mencuba resipi kek dan biskut kegemaran keluarga daripada seringkas kek mentega hinggalah kek coklat kesukaan anak-anak. Dengan produk Dr. Oetker Nona ini juga kita boleh menghasilkan kuih-muih pencuci mulut untuk hidangan sepanjang berpuasa dan selepas hari raya.
Produk Dr. Oetker Nona juga didatangkan dengan pek ekonomi dan terdapat beberapa produk disertakan dengan acuan kek atau bekas pembakar. Menariknya, anda juga boleh mencampurkan beberapa produk untuk menghasilkan kek atau biskut yang sempurna. Memang memudahkan tugas ibu-ibu.
Istimewa sempena bulan Syawal ini, Dr. Oetker Nona berkongsi resipi kek dan biskut yang boleh anda cuba. Semuanya mudah dan yang penting rasanya memang sedap. Selamat mencuba.

KEK OATS KURMA BERSOS KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
- 200gram kurma – buang biji dan cincang
- 125gram mentega – lembutkan pada suhu bilik
- 2 cawan Dr. Oetker Nona Tepung Naik Sendiri
- ½ cawan Dr. Oetker Oats Segera
- ¾ cawan gula perang
- 1 ½ cawan air panas mendidih
- 2 biji telur
- 1 sudu teh Dr. Oetker Nona Sodium Bikarbonat
- 1 sudu teh Dr. Oetker Nona Esen Vanila
BAHAN-BAHAN B (SOS KARAMEL)
- 300ml krim putar
- 60gram mentega
- 1 cawan gula perang
- ½ sudu kecil Dr. Oetker Nona Esen Vanila
CARA MEMASAK:
- Letakkan cincangan kurma ke dalam mangkuk tahan panas bersama Oetker Nona Sodium Bikarbonat. Tuang air panas mendidih lalu kacau rata. Tutup mangkuk dan biarkan selama 20-30 minit atau hingga kurma lembut.
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula dan Oetker Nona Esen Vanila hingga lembut dan agak kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga telur sedikit kembang.
- Tuang kurma yang telah lembut tadi ke dalam mangkuk pengadun. Kacau rata.
- Masukkan Oetker Nona Tepung Naik Sendiri dan Dr. Oetker Oat Segera lalu kaup-balikkan sebati.
- Tuang bancuhan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit mentega lalu ratakan.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 45 minit atau hingga kek masak.
- Untuk membuat sos karamel, satukan semua bahan di dalam kuali lalu didihkan selama 3 hingga 5 minit (sambil mengacau berterusan) atau hingga sos likat. Tuang sos karamel ke atas kek.
Klik link untuk video cara membuat: https://bit.ly/3gYZ7Xv

BISKUT COKLAT RAPUH
BAHAN-BAHAN:
- 400gram marjerin
- 380gram Oetker Nona Tepung Jagung
- 170gram Oetker Nona Tepung Kastard
- 150gram gula aising
- 30gram Oetker Nona Tepung Gandum
- 20gram Oetker Nona Serbuk Koko
- 2 biji kuning telur
- Oetker Nona Gula Manik – untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk pengadun, satukan Oetker Nona Tepung Jagung, Dr. Oetker Nona Tepung Kastard, Dr. Oetker Nona Tepung Gandum, Dr. Oetker Nona Serbuk Koko dan gula aising. Gaul rata.
- Masukkan kuning telur. Gaul sebati hingga menjadi seperti ‘breadcrumbs’.
- Masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
- Terap doh mengikut citarasa dan hias dengan Oetker Nona Gula Manik
- Bakar pada suhu 170°C selama 15 hingga 20 minit atau hingga biskut masak.
Klik link untuk video cara membuat: https://bit.ly/3nJ04oe

Sertai Rasa Masak Challenge Dessert Series #RiangRayaBersamaDrOetkerNona & Menang Hadiah
Jom sertai Rasa Masak Challenge Dessert Series #RiangRayaBersamaDrOetkerNona bermula 19 April sehingga 10 May 2021. Anda hanya perlu masak, share & menang hadiah.
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu:
- Buat satu hidangan pencuci mulut/biskut raya dan rakam video berdurasi 1 – 2 minit atau ambil gambar hidangan pencuci mulut/biskut raya anda dengan cara yang paling kreatif.
- Muat naik video atau gambar pencuci mulut/biskut raya anda di Instagram atau Facebook dengan caption yang paling kreatif dan jangan lupa gunakan hashtag #majalahrasa #DrOetkerNona #RiangRayaBersamaDrOetkerNona.
- Tag @majalahrasa @droetkernona dan 3 rakan anda. Pastikan akaun Instagram anda dipublickan.
Untuk maklumat lanjut klik disini https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/10159315076783739
Hadiah Ini Bakal Menjadi Milik Anda!
- Pemenang Tempat Pertama: Khind 40L Electrical Oven
- Pemenang Tempat Kedua: Midea 5 Speed Stand Mixer
- Pemenang Tempat Ketiga: Tefal Cook Easy Wokpan 32cm
Jom hantar penyertaan anda sekarang!
Patutlah Viral Creamy Crab Croquette Ni, Ramuannya Memang Sedap

Menu minum petang apa yang sedap ye, boleh cuba buat resipi Creamy Crab Croquette yang viral ni. Cara membuatnya sangatlah mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hasilnya pun sangat menyelerakan. Sesuai sangat dijadikan kudapan untuk anak-anak. Jom cuba. Macam best je.
RESIPI MUDAH CREAMY CRAB CROQUETTE

BAHAN-BAHAN:
- Filamen ketam secukupnya
- Sedikit bawang merah – dadu
- Sedikit hirisan daun bawang
- MAGGI®️ CukupRasa secukupnya
- 1/2 buku mentega asli @ buttercup
- 3-4 sudu makan tepung gandum
- Sedikit susu penuh krim
- Telur
- Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus filamen ketam seketika. Kemudian hiris halus dan masukkan bawang merah yang telah didadu dan juga hirisan daun bawang ke dalam mangkuk.
- Gaul semua bahan hingga rata dan masukkan MAGGI®️ CukupRasa. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan.
- Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga pekat.
- Kemudian masukkan sedikit susu penuh krim. Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
- Tambahkan bahan campuran filamen ketam tadi. Gaul hingga sebati dan rata. Angkat dan ketepikan.
- Cubit adunan dan bulatkan. Kemudian celup ke dalam bancuhan telur diikuti dengan serbuk roti. Ulang proses ini dua kali supaya bebola jadi lebih padat dan tidak pecah.
- Sejukkan Croquette di dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Ia bertujuan supaya ia senang digoreng dan tidak lembik.
- Untuk memasak, panaskan minyak hingga betul-betul panas dan goreng hingga kuning keemasan.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Croquette perlu disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk supaya bila digoreng ia tidak lembik dan hancur.
Kredit foto: Shutterstock


