
Kalau ada udang, boleh cuba buat resipi ini. Penggemar makanan laut mesti suka Udang Goreng Ala Thai ni. Lauk ni ringkas tapi sedap. Tidak sampai 15 minit untuk menyediakan memasaknya. Memang senang. Jom RASA berikan resipinya.
UDANG GORENG ALA THAI
BAHAN-BAHAN
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
- 250 gram udang saiz XL | buang kulit
- 6 ulas bawang putih | cencang
- 2 biji cili merah | cencang
- 1 sudu makan chili flakes
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu kecil pati ayam
- 1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
- Sedikit daun bawang | hiris halus
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak masak. Goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak masak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
- Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

Min tertarik dengan resipi yang dikongsi oleh Puan Afy AL Habibi. Menurut beliau resipi Ikan Percik ini adalah antara resipi kesayangan beliau dimana ia adalah resipi yang dipelajari terus dari ibunya bermula dari proses pemerapan ikan, penghasilan kuah hinggalah siap proses memasak.
Resepi ikan percik ni paling saya sayang selain resepi daging kerutup dan gulai ikan ayo yang saya dah kongsi sebelum ni. Sebab saya menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya. Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli. Jadi kat bawah ni saya kongsi resepi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi! Bulan puasa ni bolehla merecikkk sekali. Hikhik. Nak resepi bergambar yang lain, boleh jadi kawan fb saya. Banyak lagi yang saya suka kongsi. Sampai tak tahu nak upload mana satu. Semoga bermanfaat.
Ha..nampak best kan? Jom cuba!
IKAN PERCIK
BAHAN PERAPAN IKAN:
- 5 ekor ikan kembung – basuh bersih & kelar ikan
- 2 batang serai – hiris nipis
- 5 ulas bawang putih – hiris nipis
- 1 inci halia – hiris nipis
- 1 1/2 inci kunyit hidup – hiris nipis
- 3/4 sudu makan garam
- 1 sudu teh serbuk perasa Hilal
BAHAN KUAH PERCIK ( KISAR LUMAT):
- 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 hiris nipis halia
- Secubit belacan
- 1/2 sudu makan serbuk ketumbar – disangai dan dikisar halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 6 senduk santan segera – boleh beli di pasar. Santan pekat yang diperah dari buah kelapa asli.
- 1 senduk air
- 1 1/2 sudu makan cili kisar
- 1 keping hiirsan limau nipis
- 2 1/2 sudu makan gula
- 1/2 sudu makan garam
- Secubit perencah Hilal
CARA MEMASAK:
1. Untuk memerap ikan, satukan semua bahan yang dihiris nipis ke dalam pengisar. Tambahkan garam dan juga perasa. Kisar hingga lumat.
2. Lumur bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
3. Seterusnya kisar bahan-bahan untuk kuah percik hingga lumat.
4. Masukkan bahan kuah siap kisar ke dalam periuk. Tambahkan santan dan air.
5. Seterusnya masukkan cili kisar. Sebaiknya guna cili kering yang dikisar sendiri. Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.
6. Letak periuk di atas dapur. Buka api perlahan dan perahkan sehiris limau nipis.
7. Masukkan gula, garam dan perencah.Kuantiti rasa terpulang pada citarasa masing-masing. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
8. Setelah kuah mendidih, padamkan api. Kuah percik telah siap dimasak.
9. Seterusnya, bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga terlalu kering & garing.
10. Angkat seketika pemanggang ikan tadi, lapik pinggan di bawah dan siram kuah percik ke atas ikan. Pastikan kuah menutupi keseluruhan badan ikan bahagian atas dan bawah.
11. Letak kembali pemanggang ikan yang disiram kuah tadi di atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan supayabahagian atas dan bawah Kuah percik yang disalut tadi yang dibakar semula akan menjadikan rasa ikan percik lebih sedap.
12. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi
3 Sajian Brokoli Kaya Serat Dan Cepat Dimasak . Boleh Masak Kejap Lagi…

Isi Kandungan
ToggleBrokoli sayuran hijau tinggi serat dan memang banyak manfaat kesihatannya. Tapi sebelum masak tu pastikan ulat kecil sudah dinyahkan terlebih dahulu. Rendam dalam garam sekurang-kurangnya 30 minit atau campurkan sedikit cuka. Kemudian basuh bersih-bersih.

Tapi paling best manfaat brokoli hijau dipercayai boleh menjadikan tulang anda sihat, mencegah kanser serta meningkatkan vitamin D. Ia juga diyakini sebagai makanan yang boleh membuatkan anda kelihatan awet muda.
Kaya dengan sumber serat ia mampu membantu sistem penghadaman tubuh. Jom semak 3 resipi dari brokoli.Senang aje buatnya.
1. BROKOLI WITH LEMON BUTTER SAUCE

BAHAN-BAHAN :
- 1/4 cawan mentega
- 1/4 cawan air
- 1/4 sudu teh air
- 1 biji perahan jus lemon
- 1/4 sudu teh cayenne
- Lada hitam secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 400 gm @16 auns brokoli
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega, air, jus lemon , lada cayenne, garam dan lada hitam ke dalam kuali.
2. Biarkan mereneh atas api yang sederhana.
3. Masukkan brokol, kacau dan tutup.
4. Masak antara 10-15 minit di bawah api sederhana.
5. Biarkan ia masak hingga lembut namun msih mengekalkan warna hijaunya.
6. Hidangkan panas-panas dan jika mahu dihidang sejuk anda boleh masukkan dalam peti sejuk.
2. BROKOLI GORENG TEPUNG

BAHAN-BAHAN :
- 1 genggam brokoli | dipisah dari tangkai
- 1 biji telur ayam
- 4 sudu makan tepung serbaguna
- Air sejuk (ais) secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Cuci bersih brokoli yang siap dipotong.
2. Kemudian rendam dalam air garam agar ulat-ulat kecil dalam brokoli keluar.
3. Buat adunan tepung , dengan memasukkan tepung serbaguna dan telur serta kacau rata-rata. Masukkkan air sedikit demi sedikit.
4. Salut brokoli dengan adunan tepung dan goreng dalam minyak yang telah dipijarkan dalam kuali. Goreng dalam minyak penuh.
5. Goreng hingga perang keemasan, siap dihidang.
3. BROKOLI MASAK SOS TIRAM DENGAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm cendawan butang
- 200 gm brokoli
- 50 gm lobak merah
- 30 gm kobis bunga,
Bahan sos:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji bawang besar /dihiris
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
- Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Lembut & Kurang Manis. Sedapnya Makan Roti Jala Cicah Sos Coklat Ni

Sedapnya Roti Jala Coklat ni. Dicicah pula bersama sos coklat homemade super padu, memang enak tak terkata. Biasanya Roti Jala dinikmati bersama hidangan Kari Ayam, Daging atau pun Kuzi, kali ini boleh cuba resipi yang berlainan pula. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Resipinya pun sangat mudah dan bahan boleh didapati dengan senang. Saudari Asmida Nor ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI ROTI JALA COKLAT
BAHAN-BAHAN ROTI JALA:
3 cawan tepung gandum – beli online disini
2 cawan air
1 biji telur
2 sudu makan minyak masak
4 sudu makan milo – beli online disini
2 sudu makan serbuk koko – beli online disini
Acuan roti jala (empunya resipi guna 5 lubang)
BAHAN-BAHAN SOS COKLAT:
3 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
2 sudu makan serbuk koko
3 sudu makan milo
2 sudu makan minyak masak
1/4 cawan air
Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat Roti Jala, satukan semua bahan dan kisar hingga sebati dan tidak berketul.
2. Panaskan kuali yang bersesuaian dan kirai tepung menggunakan acuan mengikut kreativiti masing-masing.
3. Lakukan hingga habis adunan. Ketepikan.
4. Untuk membuat sos coklat yang sangat sedap, caranya mudah sahaja.
5. Campur kesemua bahan dan masak menggunakan teknik double-boil.
6. Bila semua bahan sudah sebati dan pekat, boleh angkat dan tapis supaya teksturnya lebih padu.
7. Sos coklat paling sedap siap disediakan dan boleh dicicah bersama Roti Jala Coklat yang telah dimasak awal tadi. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Asmida Nor
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Rangup & Tak Lembik. Resipi Popia Sambal Sedap Macam Pasar Malam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official