Udang Goreng Ala Thai, Hidangan Senang Nak Dimasak

Share

 

Kalau ada udang, boleh cuba buat resipi ini. Penggemar makanan laut mesti suka Udang Goreng Ala Thai ni. Lauk  ni ringkas tapi sedap. Tidak sampai 15 minit untuk menyediakan memasaknya. Memang senang. Jom RASA berikan resipinya.

 

UDANG GORENG ALA THAI

BAHAN-BAHAN

  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
  • 250 gram udang saiz XL | buang kulit
  • 6 ulas bawang putih | cencang
  • 2 biji cili merah | cencang
  • 1 sudu makan chili flakes
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
  • Sedikit daun bawang | hiris halus

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak masak. Goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak masak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
  6. Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Published by
Maryam Elyas