Udang Goreng Bersama Telur Dan Daun Bawang

Share

Udang rasa lebih lazat dengan telur hancur dan daun bawang yang wangi. Telur menambah lagi khasiat protien kepada hidangan ini.

 

UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:

  • 300gm udang saiz sederhana ] buang kulit dan cuci bersih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah

Hirisan:

  • 4 ulas bawang putih ] cincang
  • 1 biji bawang besar ] cincang
  • 3cm halia muda ] hiris halus memanjang

Lain-Lain:

  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 50gm daun bawang ] potong 3cm
  • 1 sudu makan susu segar
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga  udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
  5. Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang  satu minit.
  6. Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
  7. Kacau rata dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan panas-panas.
Published by
Nur