Udang Goreng Butter atau mentega memang menarik untuk dijadikan hidangan bersama keluarga. Kalau nak banyak floss tu boleh letak telur kuning banyak sikit.
Nak buat ni pun kena ada skill juga, menurut empunya resipi kena angkat setinggi mungkin bila tuangkan kuning telur ketika memasak.
Menu macam ni ada pula ikan tiga rasa memang lengkap lah hidangan bersama keluarga. Boleh cuba nanti!
Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
UDANG KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Udang laut berkulit keras
Garam
Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan keturunan termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan. Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu, India dan Cina namun ada perbezaan dan ciri tertentu.
RASA kongsikan tiga resipi berasaskan makanan laut Baba Nyonya untuk anda cuba.
Untitled-design-52.
JIU HU CHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang | potong panjang
1/2 biji lobak merah | potong julliene
1 biji Benggala hijau |potong julliene
1/2 biji kubis | potong kasar
1 paket cendawan
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS:
5 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
½ mangkuk air
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
Sedikit garam dan gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram, minyak bijan dan sedikit air.
2.Masukkan sotong, goreng sehingga lembut. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, cili Benggala hijau, kubis dan cendawan.
3.Akhir sekali masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
4.Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan sengkuang untuk lebih sedap.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa kenyal sotong bila dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM12
Untitled-design-56.
KETAM SAMBAL NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
3 ekor ketam | bersihkan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan taucu
2 tangkai daun kari
BAHAN-BAHAN LAIN:
½ mangkuk air asam jawa
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ketam seketika dan angkat. Ketepikan.
2.Tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan serbuk kari ikan.
3.Biarkan ia masak seketika dan masukkan air asam jawa.
4.Apabila ia mereneh, masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
5.Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
6.Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kalau mahu lebih pedas, boleh masukkan sedikit cili kisar ketika menumis.
Saiz hidangan: 3 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa kari yang lazat
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM15-RM20
Untitled-design-1.
KARI BEBOLA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
UNTUK BEBOLA IKAN:
500gm isi ikan Tenggiri
1 sudu makan tepung jagung
Air garam secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
½ inci halia | kisar halus
½ inci lengkuas | kisar halus
4 batang cili merah | kisar halus
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
1 batang terung | potong panjang
2 biji tomato | belah 4
5 batang bendi
CARA MEMASAK:
1.Kikis kulit ikan tenggiri, ambil isi ikannya sahaja.
2.Kemudian hancurkan isi ikan tenggiri dengan lumat dan masukkan air garam serta tepung jagung. Adun hingga boleh membentuk doh untuk membuat bebola ikan. Ketepikan.
3.Untuk membuat kari; tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas ke dalam periuk.
4.Selepas itu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis dan kacau sehingga naik bau.
5.Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.
6.Bentukkan bebola ikan dan masukkan ke dalam renehan tumisan tadi.
7.Setelah bebola itu terapung ke atas bermakna bebola itu sudah masak.
8.Kemudian masak masukkan sayur-sayuran seperti terung, tomato dan bendi sehingga separuh masak.
9.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan cili hijau untuk lebih sedap.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Lauk yang lengkap kerana ada sayuran dan protein
Bagi anda yang menggemari sajian ala Thai, patut cuba resipi Kerang Air Lemon perkongsian saudari Cik Yana ni. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah didapati. Tidak perlu susah-susah ke pasaraya. Semuanya ada di dalam peti sejuk. Sekali tengok, persis sajian mukbang orang Thailand. Hmm…terasa pedas, masam, masinnya. Enak dinikmati bersama hirisan timun. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini.
RESIPI KERANG AIR LEMON SEDAP
BAHAN BAHAN: 1 kg kerang – basuh,rebus dan kopek kulit 1 biji tomato – dadu kecil 2 tangkai akar ketumbar – hiris Cili api ikut kepedasan masing-masing – tumbuk 1 biji bawang besar – hiris – beli online disini Jus lemon secukupnya Garam dan gula secukup rasa – beli online disini
1. Sediakan semua bahan yang diperlukan. Hiris halus supaya senang untuk dimakan. Jika tiada ketumbar, boleh diabaikan. Guna isi kerang segar supaya rasanya lebih enak.
2. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
3. Perah jus lemon dengan secukupnya.
4. Tambahkan garam serta gula mengikut cita rasa masing-masing.
5. Gaul semua bahan hingga rata. Rasa dan tambah perasa jika ada yang berkurang.
6. Kerang Jus Lemon sedia untuk dihidang. Enak dinikmati bersama hirisan timun.