Makan

Udang Goreng Butter, Guna Banyak Telur Kalau Nak Floss Banyak-banyak. Baru Mantap!

Share

Udang Goreng Butter atau mentega memang menarik untuk dijadikan hidangan bersama keluarga. Kalau nak banyak floss tu boleh letak telur kuning banyak sikit.

Nak buat ni pun kena ada skill juga, menurut empunya resipi kena angkat setinggi mungkin bila tuangkan kuning telur ketika memasak.

Menu macam ni ada pula ikan tiga rasa memang lengkap lah hidangan bersama keluarga. Boleh cuba nanti!

Udang Goreng Butter

BAHAN-BAHAN :

Udang

Tepung Jagung ( salut udang )

Daun kari

Bawang putih ( cincang halus )

Cili api ( ikut suka nk pedas cmne )

Butter ( saya guna suku daripda 250gm tu )

Gula sesudu

Secukup rasa ( optional -1 sudu kcik )

Kuning telur -suka hati nak berapa biji. Kalau nak egg floss banyak,guna la banyak.

Minyak masak untuk goreng udang mesti lebih dari kuantiti butter tadi untuk buat egg floss

CARA-CARA:

  1. Perap udang dengan sedikit garam dan pepper
  2. Salut udang dengan tepung jagung
  3. Goreng udang sampai kuning dan masak
  4. Ketepikan udang dan terus letak dalam penapis.
  5. Guna minyak sama untuk buat egg floss. pastikan minyak betul-betul panas. Kemudian masukkan butter.
  6. Guna senduk bulat ye.wajib
  7. Sebelah tangan tuang kuning telur dengan setinggi yang boleh sebelah tangan lagi kacau buat pusingan guna senduk bulat. .
  8. Kemudian terus masukkan daun kari, bawang putih, cili api, gula dan secukup rasa.
  9. Jangan berhenti kacau sehingga berbuih
  10. Tutup api dan tuang bahan ni dalam udang yang telah ditapis tadi
  11. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Mira Marissa

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN