Udang goreng kunyit berlada memang sedap, lagi lagi pulak rasa pedas padu. Masaknya dah lah senang, ekspres pulak siapnyanya, tak sampai 20 minit dah siap.

Ni resipi udang goreng kunyit berlada yang dikongsi Mohd Azmi dari Sweety Rose Cafe. Walaupun ini adalah resipi niaganya tapi dia tak lokek berkongsi dengan para pelayar FB. Berbaloi dicuba resipi ini, memang pedas gerenti teramat sedap.

UDANG GORENG KUNYIT BERLADA

Udang Goreng Kunyit Berlada Cepat DiMasak, Hidang Masa Buka.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :
1kg udang

1 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
1 biji cili kering
1 biji tomato
3 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :

IKLAN

1. Udang digaul garam kunyit, dan goreng. Tidak perlu goreng terlalu lama, isi udang boleh menjadi keras
Kemudian toskan.
2. Semua bahan diatas dikisar kasar. Tumis sehingga naik wangi..
Masukkan sedikit air dan masukkan udang seketika gaul sebati.
(tidak perlu air byk, supaya udang kelihatan basah selepas digaul dan tidak berkuah)
3. Siap untuk dihidangkan.

Kredit : Mohd Azmi & Atie, Sweety Rose Cafe
FB : Mohd Azmi

IKLAN

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/cucur-udang-rangup-makan-tak-henti-2/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI