
Udang antara menu seafood yang disukai ramai, ia bukan hanya sedap tetapi udang juga lauk yang tak perlu ambil masa untuk memasaknya. Tak percaya, ada cuba menu Udang Goreng Pedas yang RASA kongsikan ini.

UDANG GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm udang saiz XL | buang kulit
- 1/2 cawan tepung goreng ayam
- 1 sudu teh pati ayam
- 6 ulas bawang putih | cincang
- 2 biji cili merah | cincang
- 1 sudu makan chili flakes
- 1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
- Sedikit daun bawang | hiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.

LANGKAH 2: Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

LANGKAH 3: Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.

LANGKAH 4 : Perasakan dengan garam dan gula secukupnya kemudian lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.

LANGKAH 6: Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Menu Guna Tempe, Simple & Mengenyangkan

Siapa yang tidak mengenal tempe, selain rasa yang lazat, manfaat tempe bagi kesihatan juga membuat tempe menjadi makanan yang sangat digemari. Tempe juga boleh diolah menjadi pelbagai jenis menu yang menggugat selera.
Tempe mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan tubuh. Bahkan boleh dikatakan kandungan nutrisi dalam tempe mengalahkan kandungan nutrisi dalam daging lembu.Kandungan protein dalam tempe lebih tinggi daripada daging. Kandungan lemaknya jauh lebih rendah. Tempe juga mengandungi kalsium dan fosforus yang jumlahnya jauh lebih tinggi daripada daging. Selain itu, tempe juga mengandungi zat antoksidan bernama isoflavon yang sangat baik untuk tubuh.

TEMPE NUGGET MASAM MANIS
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak dan rasa masam manis dan pedas
Anggaran kos: RM6
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1 biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1 biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
3. Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
6. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
7. Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
8. Sedia dihidangkan.

TEMPE TUMIS BERSAMA UDANG
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas.
Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
1 paket tempe | hiris
200gm udang | buang kulit
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
10 biji cili padi | hiris 1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana masak, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak tinggal sedikit, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili hingga wangi.
3. Kemudian masukkan udang, kacau seketika, masukkan tempe.
4. Perasa dengan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
5. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika ingin dicampurkan dengan batang leek atau batang seleri juga boleh dan enak.

JEJARI TEMPE BERSAMA SOS KICAP
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak dan ranggup.
Anggaran kos: RM8
INFO CHEF: Anda boleh cicah dengan pelbagai sos ikut cita rasa jika tidak suka sos kicap.
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong memanjang
1 biji telur
1 cawan nestum | hancurkan 1 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit garam
BAHAN SOS KICAP:
2 sudu makan kicap pekat manis
6 ulas cili padi
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
2. Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
4. Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
5. Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
6. Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.
Cara Buat Kek Dan Pengat Dari Kurma, Sedap Berkhasiat

Bila bercerita pasal kurma, memang baik sangat dijadikan amalan memakannya di bulan Ramadan ini. Tapi rugi kan buah kurma yang banyak khasiat dan kebaikan ini dimakan masa bulan puasa sahaja, sebenarnya ia sentiasa sedap dan berkhasiat sepanjang masa.

Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma makanan tinggi serat ini sangat sesuai dan berkhasiat.
Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang sewajarnya wajib anda makan untuk menjaga kesihatan. Kurma juga sedap dijadikan sajian pencuci mulut yang hebat.
1.BROWNIES COKLAT KURMA

BAHAN-BAHAN :
- 128 gm mentega lembut
- 70 gm coklat gelap
- 100 gm telur
- 100 gm gula halus/castor
- 50 gm tepung kek
- 20 gm serbuk koko
- 50 gm walnut/dicincang halus
- 50 gm kurma / keluarkan isi dicincang halus
CARA MEMBUAT :
1. Cairkan coklat dan mentega menggunakan teknik ‘double boil’, iaitu dengan memanaskan kuali yang berisi air hingga mendidih dan letakkan loyang bulat atau periuk di atasnya.
2. Setelah cair ketepikan, biarkan adunan sejuk sedikit,
3. Sedia kan bekas dan masukkan telur, esen vanilla bersama gula castor. Kacau laju supaya semuanya sebati, masukkan s glukos cecair. Jangan terlebih kacau, tidak perlu menggunakan ‘mixer’.
4. Masukkdan mula tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit serta serbuk koko.
5. Masukkan walnut dan kurma, dan kaup balikkan sekali.
6. Tuangkan ke dalam loyang pembakar, ratakan adunan
7. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
8. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 10 potongan
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Brownies
Keistimewaan : Brownie kaya rasa coklat dan manis kurma serta lemak berkacang.
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Brownies dengan ramuan kurma makanan sunnah yang sesuai sebagai pencuci mulut dan moreh.
Resipi : Hotel Sheraton PJ
2. PENGAT KURMA ,DELIMA & BUAH-BUAHAN SUNNAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji delima /diambil isinya
- 1 biji santan kelapa
- 15 biji kurma /dibuang biji
- 10 biji buah tin kering /dipotong
- 20 biji gajus goreng @ bakar
- 2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2.Masak dengan api yang sederhana.
3.Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
Resipi : The Pearl KL
Resipi Pes Sotong Bakar Ala Restoran. Hanya Guna 3 Bahan Mudah

Bagi penggemar menu Sotong Bakar, resipi pes yang dikongsi dari saudari Rosmawati Mohammad ni antara yang terbaik untuk dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali. Hanya menggunakan tiga bahan utama ditambah dengan garam serta gula bagi melengkapkan rasa, lauk ini tentunya pilihan terbaik untuk membuka selera keluarga. Ada yang tak sabar nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PES SOTONG BAKAR 3 BAHAN YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Sotong segar secukupnya
BAHAN SOS PERAPAN:
Sos 3 rasa Mahsuri (atau boleh guna campuran sos cili & sos tiram) – beli online disini
1 sudu serbuk kari – beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
Garam buluh -boleh gantikan dengan sos ikan atau garam biasa
Sedikit pemanis Sweetality – boleh gantikan dengan madu atau gula biasa

CARA MEMASAK PES SOTONG BAKAR:
1.Bersihkan sotong dan kelar. Jumlahnya bergantung cita rasa masing-masing. Jika guna sotong yang banyak, gandakan bahan sos perapan.
2. Satukan bahan-bahan sos perapan. Gaul semua bahan hingga rata.
3. Lumurkan pada sotong yang telah dibersihkan dan dikelar tadi. Lagi lama diperap, lagi sedap rasanya.

4. Panaskan kuali atau pan tahan lekat dan bakar sotong tadi hingga masak.
5. Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosmawati Mohammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Puas Makan. Begini Cara Masak Kuah Oden Ala Family Mart
Masak Siakap Kengsom Sedap. Cuba Resipi Ni Tak ‘Try’ Lain Dah
Mudah Masak Pisang Goreng. Tepung Rangup Krup Krap Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

