Udang Kam Heong, Sekali Hadap Licin Sepinggan

Share

Menu udang sering menjadi kegemaran ramai. Goreng dengan garam dan kunyit pun pun sedang. Sebaiknya menu seafood carilah udang yang segar barulah rasanya sedap dan puas hati nak makan. Udang ikut la saiz yang bagaimana. Bagi yang suka pedas, boleh buat udang masak kam heong. Masak udang ni bahagian kepala jangan dibuang tapi dicuci bersih, manis udang tu akan lebih terasa. Masakan ni pasti licin sepinggan bila dihidang dengan nasi panas.

UDANG KAM HEONG

Bahan-bahan:

Udang

2 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1 genggam udang kering

1 paket rempah kari

Air

Daun kari

1 sudu makan kicap manis

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan sos cili

1 sudu makan gula

3 biji cili padi

Cara memasak:

1.Siang udang hingga bersih, sebab ada celahan udang kalau tak bersih udang akan berbau. Bahagian kepala udang cuci bersih. Tengah tu tarik hitam jalur.

2.Bedakkan udang dengan garam kunyit. Masak sekejap, jangan lama. Hilang manis.

3.Pakai minyak udang tadi je.Tumis bawang putih 2 ulas.

4.Bawang besar 1 biji dimayang.

5.Udang kering segenggam rendam air panas dan cuci bersih. Kemudian tumbuk. 

6.Rempah kari 1 peket. Tumis sehingga pecah minyak.

7.Sukatan air penuh plastik. Tumis lagi.

8.Daun kari taburkan.

9.Kicap manis kipas udang. Anggaran 1 sudu makan.

10.Masukkan sos tiram.

11.Masukkan sos cili.

12.Letakkan cili padi, nak pedas tambah lagi.

13.Masukkan gula.

14.Akhir sekali masukkan udang.

15.Siap untuk dihidang.

Kredit: Ameera

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa

 

Published by
Putri