Udang Masak Merah Madu, ada udang besar lagi tambah padu. Makan pula dengan nasi minyak atau nasi tomato, sesuai jadikan hidangan hujung minggu bersama keluarga.
Menggunakan bahan-bahan yang mudah dan kebanyakkan ada di dapur, kalau ada udang bersaiz besar lagi padu. Berebut semua nak makan.
Bagi yang tak boleh tiada sayur, buat jelatah untuk lengkapkan hidangan. Perfect!
Udang Masak Merah Madu
BAHAN-BAHAN:
500gram udang(saiz sederhana)
Ads
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
1 sudu besar kismis
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula putih
2 sudu besar SOS tomato
2 sudu besar SOS cili
1 sudu besar SOS tiram
Serbuk perasa@garam (jika perlu)
BAHAN KISAR
10-15 batang cili kering(direbus atau Direndam air panas Dan toskan)
1 biji bawang besar
Ads
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK
Panaskan minyak , masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak . ( Angkat dan ketepikan )
Gunakan minyak yg sama , tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak .
Kemudian masukkan sos tomato , sos cili , sos tiram ,kismis ,madu dan gula . Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.
Masukkan bawang dan udang yg digoreng tadi , Gaulkan sehingga rata dan sebati .
Sekali sekala tukar selera best gak kan. Kalau suka makanan berempah, sajian Pakistan ni boleh dicuba. Masak udang, ketam , ikan gaya ni memang tersangatlah sedap. Lauk pauk Pakistan juga suka menggunakan yogurt dalam resipinya di samping penggunaan rempah ratus.
.
.
Nak tahu apa yang sedap dan istimewa sangat masakan Pakistan nih, jom semak resipi yang dikongsikan Chef Sakya Hamid & geng Hotel Summit Subang, UST Selangor
1. IKAN TANDOOR (Pakistan)
.
BAHAN-BAHAN :
800gm @ 1 ekor ikan bawal | dibersihkan
Bahan untuk perapan :
2 sudu makan yogurt
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
½ sudu teh serbuk ketumbar
1biji bawang besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dicincang halus
2 biji cili merah segar | dicincang halus
½ ibu jari halia | dicincang halus
2 sudu teh air perahan limau
1 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ikan bawal yang telah dibersihkan masukkan ke dalam bekas dan bahan bahan lain yang telah siap boleh dimasukkan seperti serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar ,bawang ,bawang putih, halia, dan lain- lain boleh dicampur sekali untuk perapan.
2. Ikan bawal tadi digaul rata menyeluruh bersama perapan , biarkan selama 15-20 minit.
3. Selepas itu barulah dibakar menggunakan dapur arang dengan suhu yang sederhana selama 15minit.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar @panggang
Keistimewaan : Ikan bakar dengan rasa yogurt dan isi ikan berjus
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika mahu lebih sedap bakar dalam pasu tertutup
2. IKAN MERAH TIKKA BAKAR (Pakistan)
.
BAHAN-BAHAN :
300gm isi ikan merah | dipotong kiub sebesar 5sm
Bahan untuk perap :
4 sudu teh bawang putih | yang telah dikisar
11/2 sudu teh halia | yang telah dikisar
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk bunga lawang
3 sudu teh air perahan limau
Garam secukup rasa
2 sudu makan yogurt
½ sudu the serbuk cili
1 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK :
1.Pastikan bahan bahan untuk diperap siap dan mula perap ikan dengan bahan bahan telah disediakan .
2. Gaulkan kesemua ramuan dengan sempurna dan biarkan ikan diperap sekurang-kurangnya selama 15minit. Ikan yang telah diperapkan tadi bolehlah dicucuk pada lidi sate.
3. Proses mambakar bolehlah menggunakan dapur arang supaya aroma dan ikan yang dipanggang enak dan sedap. Biarkan hingga ikan masak berjus, dengan api sederhana dan kecil.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar @panggang
Keistimewaan : Ikan merah yang manis dengan aroma minyak sapi
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Jika suka anda boleh juga memasukkan sedikit santan segar dalam perapan ikan.
3. KETAM KARAHI (Pakistan )
.
BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam saiz sederhana | dibersihkan
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan minyak bijan1 sudu makan minyak sapi untuk memasak
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kari ikan
1 sudu makan bawang putih | yang telah dikisar
1 sudu teh halia | yang telah dikisar
1 sudu teh garam masala
2 biji bawang besar | dimayang
2 biji buah tomato | dipotong dadu
Garam secukup rasa
180ml air
CARA MEMASAK :
1. Ketam yang telah dibersihkan perlu diperap bersama bahan -bahan seperti sedikit serbuk kari ikan, serbuk jintan putih,ketumbar,kicap cair, minyak bijan.
2. Perap ketam selama 15minit supaya dapat meresap bahan bahan tadi.
3. Selepas itu baru mula memasak bahan bahan lain, panaskan kuali dan masukkan minyak masak tunggu sehingga panas.
4. Masukkan bawang yang telah di mayang, tomato, masak sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari ikan dan serbuk rempah ratus lain, tuangkan sedikit air dan kacau hingga masak dengan suhu yang sederhana .
5. Tunggu hingga pecah minyak baru masukkan ketam yang telah diperapkan. Masak hingga sempurna dan masukkan garam mengikut citarasa anda.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan :Ketam rempah berjus dengan rasa kicap soya enak
Jenis masakan : Sajian utama, ketam
Anggaran kos : RM 27
INFO CHEF : Pilih ketam segar dan banyak isi untuk rasa hidangan yang lebih enak
4. IKAN KURMA PAKISTANI (Pakistan)
.
BAHAN-BAHAN :
375gm ikan tenggiri @ bawal | dipotong
4 sudu makan yogurt
3 biji bawang besar | dimayang
50gm halia | dimayang
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1/3 sudu teh gula
3 sudu makan minyak sapi
3-4 biji bunga cengkih
2.5sm kayu manis
2-3 biji buah pelaga
3 tangkai cili kering
1 biji bawang besar | dibelah empat
Garam secukup rasa
1 sudu makan air perahan limau
CARA MEMASAK :
1. Ikan tenggiri yang telah dibersihkan perlu diperap bersama bahan-bahan seperti serbuk jintan manis, serbuk jintan putih,ketumbar.
2. Perap ikan tenggiri selama 15minit supaya dapat meresap bahan bahan tadi. Selepas itu baru mula memasak bahan-bahan lain.
3. Panaskan kuali dan pijarkan minyak dalam kuali.
4. Masukkan bawang yang telah di mayang, halia dan bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
5. Masak sehingga naik bau dan masukkan serbuk rempah ratus, tuangkan sedikit air , yogurt dan kacau hingga masak dengan suhu yang sederhana tunggu hingga pecah minyak.
6. Baru masukkan ikan tenggiri yang telah diperapkan dan air limau.
7. Masak hingga sempurna dan masukkan garam mengikut citarasa anda..
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Ikan
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF: Untuk hidangan yang lebih beraroma dan sedap, anda boleh gorengkan tanpa minyak jintan manis dan jintan putih sebelum dijadikan serbuk.
RESIPI : CHEF SAKYA HAMID, CHEF MOHD AZIZI HAMZAH, CHEF MOHD AZHAR JEMANGIN, CHEF HAMID WAHAB & CHEF SULAIMAN SALIH
TERIMA KASIH : Summit Hotel Subang ,USJ,Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, Selangor
Sambal kerang pedas-pedas manis, makan dengan nasi lemak atau nasi putih memang sedap. Pendek kata tak cukup nasi sepinggan.
Beli yang segar atau isi kerang yang siap dikopek. Tapi kalau nak segar dan terasa kemanisannya, kerang segar pilihan terbaik.
Buat pedas-pedas manis selain makan dengan nasi, sambal kerang juga boleh dibuat sebagai makanan pelengkap untuk dicicah bersama lempeng dan jemput-jemput.
SAMBAL KERANG
BAHAN-BAHAN:
( untuk 2 orang makan )
1/2kg kerang
10 tangkai cili kering (rendam kasi lembut)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit air asam
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Rebus kerang. Kalau kulit dah nampak macam terbuka tuu maknanya dah masak lah tuu
Kisar cili kering,bawang merah, bawang putih dan belacan
Panaskan minyak masak, tumis lada yang telah di kisar tadi sampai pecah minyak
Masukkan sedikit air asam, garam dan gula tunggu sampai sambal jadi garing.
Akhir sekali masukkan kerang yang telah dikopek (kalau tak nak kopek pun boleh)
Kalau datang rasa malas nak masak macam-macam lauk, RASA sarankan korang masak je lauk sotong macam ni. Rasanya dah cukup lengkap manis, masin dan pedas. Rahsia sedapnya masakan sotong ala Thai ni sebab ada gula apung Thai yang menjadikan rasanya sedap tak terkata. Cubalah.
SOTONG MASAK ALA THAI
BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg sotong
• 1 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• 8 biji cili padi
• 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir / gula melaka)
• 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
• 2 biji limau nipis (perah jusnya, kulit limau dipotong dadu)
• 1 biji tomato (potong dadu)
• Sedikit daun ketumbar
CARA MEMBUAT
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan, baki toskan. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga agak halus. Masukkan dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya. 4. 4. Gaul sebati semua bahan tadi bersama bahan yang telah ditumbuk halus.
5. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
CARA PENYEDIAAN
Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja di atas sotong.