Menu berasaskan udang memang jadi kesukaan ramai. Sama ada digoreng biasa, dimasak bercili, dibuat kari , masak lemak dan sebagainya. Pendek kata memang tidak menjemukan. Begitu juga menu udang mentega susu ni. Kalau nak lebih pedas boleh tambah lebih cili padi.
Udang mentega susu
Bahan-bahan:
Udang 1 kg perap sejuk 20min
Perap dengan:
1 sudu makan tepung gandum – beli online DI SINI
1 sudu makan serbuk kari -beli online DI SINI
secubit garam
Bahan tumis:
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih cincang halus
3 cili padi racik(ikut suka nak pedas mana)
1 sudu teh serbuk kunyit(untuk warna):
1.Goreng udang sekejap agak-agak garing angkat letak tepi.
2.Ambil 1 sudu besar minyak, goreng udang +Buttercup(ikut nak kuah banyak mana)
3.Dah naik bau, masukkan secawan susu cair dan 1 sudu besar tepung jagung(untuk pekatkan kuah)
4.Kacau sekejap jangan bagi pecah susu.
5.Tutup api dan masukkan udang.
6.Balik-balikkan sekejap dan angkat.
Kredit: chef Khai
https://www.rasa.my/kacang-kuda-pedas-nyum-nyum/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Menu Autentik Warisan Berzaman. Kekal Kegemaran Hingga Kini
Bugi kalau tak pandai masak rendang, tak pandai sedut siput sedut atau tak suka kari kerana semua menu sinonim dengan masyarakat Malaysia ini memang tak akan jemu makan. Sedap dijadikan menu berbuka.
Buat sendiri lagi segar masakannya, RASA kongsikan tiga menu tradisi yang sinonim dengan orang kita yang boleh dijadikan sajian berbuka petang ini.
1. RENDANG AYAM DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
- 2kg ayam kampung | potong sederhana
- 1kg santan
- 3 sudu makan kerisik
- 2 keping asam gelugor
- 5 helai daun kunyit | hiris
- 6 batang serai | titik
- 350gm daun pegaga
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 ulas bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 4cm kunyit hidup
- 3cm halia
- 4cm lengkuas
- 4 batang serai
- 30 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Ayam dibersihkan kemudian toskan.
- Masukkan ayam dalam periuk atau kuali, campurkan dengan separuh bahan kisar.
- Gaul rata dan renehkan atas dapur.
- Setelah ayam kecut masukkan santan, lebihan bahan kisar dan serai titik, renehkan semula.
- Bila ayam empuk masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula.
- Apabila kuah hampir pekat dan ayam empuk masukkan kerisik.
- Kecilkan api, masukkan daun pegaga dan daun kunyit.
- Biarkan mereneh beberapa minit lagi sebelum tutup api.
- Rendang Ayam Daun Pegaga sedia dihidangkan.
2. SIPUT SEDUT MASAK LEMAK BATANG KELADI
BAHAN-BAHAN:
- 2 kg siput sedut | cuci bersih
- 1kg santan pekat
- Garam secukup rasa
- 2 keping asam gelugor
- 3 batang serai | ketuk
- 350gm batang keladi | buang kulit ari
- 3 helai daun kunyit
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk, rebus sekejap siput sendut, angkat dan toskan.
2, Seterusnya dalam periuk lain,celur batang keladi, kemudian masukkan dalam tapis dan lalukan di bawah air mengalir. Ketepikan
3. Masukkan bahan kisar, serai titik daun kunyit dan asam keping dalam periuk, tambahkan santan dan renehkan atas dapur.
4. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan siput sendut, batang keladi, gaul rata.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Tutup api dan Gulai siput sedut sedia dihidangkan.
3. KARI AYAM UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong kecil dan bersihkan
- 3 sudu makan rempah kari
- 5 ulas bawang merah | mayang halus
- 4 ulas bawang putih | mayang halus
- 3cm halia | mayang halus
- 1 tangkai daun karai | lurut dari tangkai
- 1 biji keledek merah | buang kulit dan potong dadu
- 200gm yogurt
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
2. Masukkan daun kari dan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan ayam.
4. Apabila ayam empuk masukkan ubi keledek dan sedikit air.
5. Setelah mereneh masukkan yogurt, kacau lagi.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api, kari sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI PETI SEJUK TERKINI, BELI ONLINE DI SINI :
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
https://www.rasa.my/lauk-pauk-minang-kesukaan-ramai/
ATAU VIDEO MENARIK INI :
Sotong Goreng Tepung Tak Meletop Tapi Rangup
Selalu ada masalah goreng sotong tapi asyik meletup-letup. Ada juga goreng tapi tepung tidak melekat dekat sotong, jadi lembik dan tidak sedap. Ini tip dan resipi untuk dapatkan sotong yang rangup dan tidak meletop ketika digoreng.
SOTONG GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN A:
- Sotong
- Bawang putih
- Garam
- Lada sulah
- Cuka makan
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Basuh dan tos sotong seketika.
- Masukkan sesudu dua cuka. Boleh guna cuka kurma. Cuka untuk keluarkan air dari sotong. Tak perlu banyak. Nanti lari rasa.
- Tumbuk halus bawang putih. Kacau dalam tos sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biar 10 minit.
BAHAN B:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jangung
- Suku cawan tepung beras
- 1 sudu garam
- Sedikit kunyit
- Serbuk lada sulah
- Serbuk lada hitam
(Kacau semua bahan sekali. Biar kering. Jangan tambah air)
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak yang banyak.
- Kacau telur putih dan kuning. Jangan terlalu lama. Boleh buat telur ringan dan tepung tak melekat.
- Masukkan sotong tadi kedalam telur.
- Celup dalam adunan tepung tadi dan goreng. Jangan goreng sotong terlalu lama. Nanti sotong jadi liat.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Awatif Osman
Rahsia Sotong Celup Tepung Rangup, Tak Meletop, Berminyak & Lerai Digoreng.
Ramai suka Sotong Goreng Celup Tepung, tapi rata-rata menikmati keenakannya hanya makan di restoran atau gerai, kerana selalu gagal bila buat sendiri di rumah. Lepas ini anda jangan susah hati, berikut dikongsikan resipi dan cara untuk memastikan bila sotong digoreng tepungnya tidak lerai (tertanggal dari tepungnya). Kalau Ikut resipi yang betul gerenti jadi.
SOTONG GORENG CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm atau secukupnya sotong|
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan tepung bistari
1 sudu teh serbuk lada hitam/ sulah
1 biji telur
CARA MEMBUAT:
- Bersihkan sotong, potong bulat, kemudian cuci dan toskannya. Ketepikan.
- Sementara itu, campurkan kesemua tepung bersama lada sulah/lada hitam dalam mangkuk. Gaul rata.
- Kemudian pecahkan telur dalam sotong, gaul rata.
- Kemudian angkat dan masukkan dalam bekas tepung, gaul rata.
- Sementara itu minyak telah dipanaskan dalam kuali (guna banyak minyak).
- Setelah minyak betul-betul panas, goreng sotong dengan api sederhana hingga warna perang keemasan.
- Angkat dan toskan minyak.
- Sotong Celup Tepung sedia dihidangkan panas-panas untuk mengekalkan kerangupannya.
- Hidang bersama sos cili.
Resipi asal: Nurul Faidha