Tengok je menu yang dihidangkan oleh Datin Datin Nurulhuda Yaacob, dah terasa kesedapannya, apa lagi selepas mencuba. Memang terbaik, patutlah jadi tauke katering besar,Nirwana Caterer & Deco . Bagusnya Datin tidak kedekut berkongsi resipi sekali. Minta resipi udang bagi sambal sotong sekali, kalau anda semua nak cuba boleh cuba ye… memang sedap lima bintang ni…
UDANG SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Kacang pis secukupnya
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili hijau
- 5 biji cili padi |jika ingin pedas
- 2 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan asam gelugor, udang, kacang pis, garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
- Angkat dan hidangkan.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
- 3 biji bawang besar |dihiris
- 4 ulas bawang putih |dihiris
- 4 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
- Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
- Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
- Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
- Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
- Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
- Sedia dihidangkan.