Sedapnya Roti Paung Terengganu ni. Dapat pula makan panas-panas bersama secawan teh atau kopi panas, nikmat tak terkata. Ada yang nak cuba buat Roti Paung ni? Saudari Ariana Sofia Ahmad ada kongsikan cara-caranya. Uli pun guna tangan je namun hasilnya lembut dan sedap dimakan. Memang puas hati.
RESIPI ROTI PAUNG TERENGGANU TERLAJAK LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung roti (beli online disini)
3/4 cawan air suam
11gm yis (beli online disini)
1 biji telur
4 sudu makan gula (beli online disini)
3 sudu makan mentega (beli online disini)
3 sudu makan susu tepung (beli online disini)
1 sudu teh bread softener / pelembut roti (beli online disini)
1 sudu teh garam
1 biji kuning telur – untuk sapu atas roti
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam bekas. Kemudian masukkan yis, susu tepung, gula dan garam. Kacau sampai sebati.
2. Rehatkan sampai yis berbuih macam ni. Balut bekas dengan plastik.
3. Dalam bekas lain, masukkan tepung, pelembut roti dan mentega. Kacau bagi sebati. Nak gaul guna tangan pun boleh.
4. Bila sudah sebati, masukkan telur dan kacau lagi sehingga rata.
5. Masukkan pula yis yang sudah kembang tadi. Adun lagi hingga sebati.
6. Adun sampai jadi macam ni. Doh memang lembik.
7. Ambik doh dan letak atas papan untuk menguli. Tabur sedikit tepung anggaran 1 sudu makan.
8. Uli doh sampai jadi lembut dan doh tidak melekat di tangan.
9. Letak doh dalam bekas yang telah disapu minyak. Balut bekas dengan plastik dan tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda.
10. Rupa doh yang sudah kembang. Tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
11. Ambik sedikit doh, genggam dengan tangan bagi membentuk doh yang bulat.
12. Susun jarak antara doh. Nanti doh akan mengembang. Balut loyang.
13. Biarkan dalam 1/2 jam supaya doh kembang sempurna.
14. Rupa doh yang telah naik gebu.
15. Ambil kuning telur dan sapu atas roti. Kemudian bakar dengan suhu 170°c selama 15 minit. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
16. Bila sudah masak, sapu sedikit mentega di atas roti.
17. Roti Paung Terengganu sedia dihidang bersama Teh O atau Kopi panas. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Ariana Sofia Ahmad
Suka shopping online? Dapatkan baucar FREE SHIPPING dengan belian minima RM10 DISINI!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official