Resipi Rendang Ayam Pedas Perak ini memang lain dari yang lain. Mana tidaknya, ramuan-ramuan untuk membuat rendang ini, semuanya diracik. Tidak perlu kisar dan tak perlu tumis pun. Memang lain rasanya berbanding rendang yang bahan-bahannya dikisar dengan mesin pengisar. Ini resipi Rendang Ayam Pedas Perak seperti yang dikongsikan oleh Faidhatul Arfah Ahmad.
RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa) 15 biji bawang merah (diracik halus) 13 biji bawang kecil (diracik halus) 5 biji bawang putih (diracik halus) 12g kunyit hidup (dikisar) 80g halia tua (diracik halus) 33g lengkuas (dikisar) 4 helai daun limau purut (racik halus) 8 batang serai (diracik halus) Gula melaka secukup rasa 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yang diinginkan) 2 helai daun kunyit (diracik halus) 1 kg santan 90g kerisik Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih ke dalam kuali.
2. Masukkan semua sekali bahan yang di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai yang diracik halus-halus.
3. Masukkan juga bahan yang dikisar iaitu cili boh, lengkuas dan kunyit hidup. Masukkan santan. Masak dengan api yang sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakkan hangit. Tutupkan kuali dengan penutup. Sesekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan supaya masak sekata.
3. Apabila kuah sudah mula nampak macam hendak kering, perlahankan api. Guna api yang paling perlahan dan masukkan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang diracik halus dan kerisik. Tunggu lagi dalam 30 minit hingga 40 minit. Selalunya proses hendak buat rendang ini makan masa 2 jam hingga 3 jam bergantung kepada kuantiti yang kita masak. Kalau hendak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.
4. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang diracik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan bolehlah ditutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3 hingga 4 hari, bergantung cara memasak. Kalau hendak panaskan semula, hanya tambah sedikit air. Jangan guna minyak masak. Selamat mencuba.
Sumber kredit: Faidhatul Arfah Ahmad
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Biasanya bila sebut mengenai daging salai, ramai yang membayangkan hidangan Masak Lomak Cili Padi. Jangan tak tahu, banyak lagi menu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan daging salai ni. Salah satunya ialah kerabu. Sangat senang! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
50 gm daging /yang telah dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris membulat
5 biji cili api/dihiris
1 batang serai/dihiris nipis
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
INFO CHEF : Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
Sotong Goreng Kunyit Berempah. Sesekali makan menu ringkas sebegini sedap juga. Biasanya menu Sotong Goreng Kunyit ni ringkas sahaja penyediaannya, letak serbuk kunyit, garam dan sayur, dah siap. Tapi kali ni apa kata anda cuba resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Tambah dua bahan ringkas iaitu serbuk kari ikan dan serbuk cili, hasil masakannya memang lagi wow! Memang padu. Jom lah cuba. Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK SOTONG KUNYIT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN: 1/2kg sotong – potong besar 1 sudu makan serbuk kari ikan – beli online disini 1 sudu makan serbuk cili – beli online disini 1 sudu makan serbuk pati ayam – beli online disini 1 senduk teh minyak masak Serbuk kunyit dan garam secukupnya – beli online disini (sukatan bahan-bahan boleh agak sendiri bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan)
BAHAN SAYUR: Bunga kubis secukupnya Bawang merah secukupnya Kacang panjang secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Gaulkan sotong dengan semua bahan diatas kecuali sayur dan minyak. Tidak perlu letak air sebab masa ni sotong masih berair. Kalau nak letak pun boleh, tapi sedikit sahaja.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang hingga layu. 3. Masukkan sotong dan ratakan. Jangan terus kacau nanti melekat, jadi biarkan ia masak dulu sekejap. Guna api kecil atau sedang sahaja untuk bagi air sotong keluar.
4. Bila sotong sudah separuh masak, masukkan sayur-sayuran. Kacau semua bagi sebati dan masak.
5. Sotong Goreng Kunyit Berempah sedia untuk dihidangkan.
Asalnya bombolini ini dari Itali dan ia menjadi rebutan buat penggemar kudapan manis. Bomboloni ini disajikan dengan rupa yang berbeza dari donat.
Jika donat dibentuk bulat serta mempunyai lubang di bahagian tengahnya, bomboloni tidak berlubang. Bombolini diisi dengan pelbagai jenis topping dengan pelbagai rasa dan dibaluti gula halus pada bahagian permukaannya. Bomboloni Nutella antara yang digemari ramai. Mewah dengan rasa nutella di dalamnya buatkan memang tidak cukup satu.
Bombolini Nutella
Bahan-bahan:
½ cawan susu segar
1 sudu besar yis
1 biji telur
2 sudu besar gula castor
1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit garam
Air suam untuk tambahan kalau nk uli
Cara memasak:
1.Masukkan susu segar, gula, yis dalam satu bekas. Kacau sekejap. Biar 20 minit hingga naik membuih.
2.Satu bekas masukkan tepung, pecahkan telur dalam satu bekas kecil dulu. Masukkan esen vanila. Tuang masuk dalam adunan tepung baking powder.
3.Gaul guna senduk atau tangan pun boleh hingga sebati.
4.Bila adunan yis dah membuih. Masuk sikit-sikit tepung sambil uli hingga tak lekat di tangan. Jika adunan masih tak cukup lembut, Boleh tambah sikit-sikit air suam. Dan uli hingga lembut dan tak lekat.
5.Jika guna breadmaker, masukkan semua bahan dalam tu. Tekan ON je biar bread maker uli. Kalau tak cukup air, tambah je sikit-sikit.
6.Perap hingga doh naik mengembong.
7.Bolehlah mula bulatkan doh.Leperkan sikit. Nak goreng api jangan kuat sangat. Perlahan sahaja. Goreng hingga nampak kekuningan, angkat.
8. Untuk inti. Pipe nutella ke dalam bombolini yang digoreng tadi.