Untuk Peminat Sambal Kicap Tegar! Nah 3 Tip Sambal Kicap Letop Tahan Lama.

Share
Sambal kicap kalau kamu orang Johor memang wajib kena ada. Untuk penggemar tegar sambal kicap kamu perlu tahu macam mana nak simpan sambal kicap sampai tahan lama! Sambal kicap memang enak jika di makan bersama tempe goreng berempah atau apa juga jenis gorengan minum petang, memang sedap!
Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak. – Tim
Bahan-Bahan:

1. Cili dan kicap mesti sama ratio.

Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.

Kalau nak pedas piaw pakailah cili api semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.

2. Blender cili dan kicap sampai hancurrr setiap biji cili. Blender lama sikit.

3. Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.

Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.

 

Kicap 1 mangkuk
Cili 1 mangkuk
Cuka atau limau

 

Kisar sampai halus dan masak seketika dengan api pelahan. Dah siap. Boleh simpan berbulan bulan dalam peti ais.

 

Tip extra.

i. Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi. – Puan Aini

ii. Boleh campur belacan goreng pada yang suka. – Puan Nisa

iii. Goreng layu dgn sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak dan letak cuka. Sambal jadi berkilat. – Puan Fawzika

 

 

Kongsi resipi: Fatimah Naamat

Published by
Mastura Abu Kassim