Setiap kali Min membuat rakaman foto resipi di hotel, biasanya Eksekutif Chefnya sudah mencecah usia 40 an. Bertemu dengan Eksekutif Chef Suhaifi Idris di PNB Perdana Hotel & Suite KL, dia belum pun mencecah usia 40 tahun.
Lebih ‘cool’, dia bergelar Eksekutif Chef semasa usia 30 tahun setelah melalui 9 tahap jawatan dan 13 hotel untuk mencapai jawatan kini. Mula bekerja dia usia 19 tahun, kariernya bermula dari bawah, kiranya kemajuan karier agak ‘pantas’juga.
Malah pengalaman pahit semasa bekerja di Maldives tidak menggugat minatnya dalam kulinari perhotelan.
“Ya dahulu saya pernah bekerja di sebuah hotel di Maldives tanpa gaji kerana angkara ejen, tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat dan ‘passion’ untuk terus bekecimpung di bidang ini. Setiap hotel dan resort itu bawa pengalaman berharga untuk terus mantap dalam kerjaya,” akui Chef yang telah mula memasak sejak di bangku sekolah lagi.
Ads
Kini bertugas di Lanjut Beach & Golf Resort, dalam masa yang sama dia masih lagi membantu dan bertanggungjawab di PNB Perdana Hotel & Suite KL.
Bukan mudah ya , laluan karier Chef , inilah 12 hotel dan Resort tempatnya menimba pengalaman :
1. 1999 , Hotel Park In Bukit Bintang sebagai Pelatih (Apprentice) 2.2000 ,Colmar Tropical (terlibat masa pembukaan hotel) 3.2001 ,Belajar sambil kerja dan menerima Diploma Commercial Culinary Akademi di Perak, menjadi Kitchen Helper 4.2002 ,Hotel Dynasty KL 5.2004 , Hotel Eastin PJ 6.2007 – 2009 Boulevard Hotel, Mid Valley, KL 7.2008 , Bekerja di Maldives 8.2009 , Menjadi tenaga pengajar di Kolej Komuniti 9.2009, Hotel Armada, PJ 10.2011 FELDA Travel, Sungkai Hot Spring Resort -bergelar Eksekutif Chef 11.2014, FELDA Tg Leman Resort , Eksekutif Chef 12.Julai 2016, Lanjut Beach & Golf Resort (milik PNB) 13.Jan – June 2018, PNB Perdana Hotel & Suite KL 14.July 2018 kembali ke Lanjut Beach & Golf Resort hingga kini
Ads
Lebih mengagumkan Chef Suhaifi lalui 9 ‘hieraki’ untuk mendaki tangga dalam kerjayanya bermula dari Apprentice, Kitchen Helper, Commis 3,2,1, Demi Chef, Chef de Partie, Sou Chef dan Ekekutif Sous Chef. Berkat kegigihan anak jati Jerantut Pahang ini , dia berjaya ke tahap Eksekutif Chef kini.
Dan Chef Suhaili juga suka berkongsi ilmu dengan anak muda yang mahu menceburi bidang ini, dia sering menjadi tetamu jemputan memberi ceramah mengenai selok belok kerjaya Chef di Kolej Komuniti , Rompin, Pahang. Pesannya kepada anak muda yang baru nak berjinak dalam karier Chef ialah “kena ada pengetahuan dan ‘passion’ jika mahu berjaya”.
Ads
Ni dia resipi istimewa yang mudah dari air tangan Chef Suhaifi :
UDANG GALAH MASAM MANIS:
BAHAN-BAHAN :
2 ekor udang galah A (lebih kurang 200 gm seekor)
2 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1 biji cili merah | dihiris
20gm cili giling (pes cili kering)
1sudu makan asam jawa
1 sudu makan madu
2 sudu makan cili sos
1 sudu makan tomato sos
CARA MEMASAK :
1. Goreng seketika (8-9 minit) udang dalam minyak panas, angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian pijarkan minyak, dan tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi, masukkan cili merah.
3. Masukkan pes cili kering sampai terbit minyak.
4. Kemudian masukkan asam jawa, madu sos cili dan tomato, masak dengan api sederhana. Biarkan mendidih
5. Masukkan udang goreng dan golekkan biar udang sebati dengan sos (3- 4 minit). Kemudian tutup api. Sajian sedia dihidang.
Petua Chef : Pilih udang segar dan isinya kenyal dan tidak pudar warna untuk sajian udang yang manis. Pastikan kotoran di kepala dibuang dengan pisau.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rasanya agak pedas namun aromanya cukup wangi bila dimasukkan ke dalam masakan. Kebanyakan masakan yang mengandungi halia sebagai salah satu bahan perlu ada akan membuatkan masakan lebih enak.
Halia juga diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Malah bukan itu sahaja. Ada lagi khasiat dan manfaatnya yang lain. Jom semak!
1. MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS
Halia membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia kerana ia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
3. MENGURANGKAN KESAKITAN DAN KERADANGAN
Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.
4. MELAWAN MASALAH PERNAFASAN YANG BIASA
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
5. PENCEGAHAN DEMAM DAN SELESEMA
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
6. MENGURANGKAN KETIDAKSELESAAN PERUT
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.
7. MENCEGAH BARAH USUS
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/usus.
8. MENGUATKAN IMUNITI
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
RESIPI MENGGUNAKAN HALIA:
DAGING CINCANG GORENG HALIA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
200gm daging lembu | cincang
5 tangkai kacang panjang | potong
1/2 biji bawang Bombay | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang kasar
2.5cm halia | cincang
1 sudu teh cili giling
1 sudu teh sos tiram
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia yang sudah dicincang kemudian disusuli dengan cili giling. Tumis lagi hingga naik minyak dan masukkan bawang Bombay, goreng hingga layu.
Masukkan pula daging cincang Gaul rata hingga terbit bau harum dan daging masak.
Masukkan kacang panjang tetapi jangan masak terlalu lama. Masukkan sos tiram, air dan garam jika perlu (sos tiram sudah ada rasa masin). Gaul rata lalu biarkan selama 2 minit. Setelah itu, tutup api dan siap utk dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Daging cincang boleh beli yang telah siap dan ada dijual di pasar raya.
Di hari-hari biasa, kita pasti jarang menggunakan beras Basmathi dalam masakan harian kerana beras jenis ini boleh dikatakan agak mahal dek kerana kualitinya yang bagus. Namun untuk memasak hidangan istimewa seperti Nasi Minyak, Briyani, Nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras ini kerana hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.
Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Jika sebelum ini Maliza Ghani dari Manisa Cafe pernah berkongsi hidangan nasi dan lauk pauk raya, kali ini Min nak kongsi 3 lagi lauk makanan laut yang biasa kita dengar ikan bersos lemon, sambal sotong kering dan udang mentega daripadanya.
Sebagai ‘pakar’ masakan yang dah lebih 20 tahun dalam bidang perniagaan makanan, sudah tentulah kepakarannya sukar ditandingi. Lain orang lain cara masakannya. Tapi resipi Maliza ni bukan sahaja senang dibuat, tapi tak sampai 20 minit dah siap. Dah cuba nanti baru tau…
1. ISI IKAN DORI BERSOS LEMON
BAHAN-BAHAN :
3 keping fillet @isi ikan dory (150-200 gm tiap keping)
BAHAN SOS :
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
500 ml air
1 biji lemon | perah jus dan parut kulitnya
1 sudu makan tepung jagung | dibancuh sedikit air
Beberapa titik jus pewarna kuning
1 biji cili benggala | dipotong kiub
2 biji tomato | dipotong kiub
1/2 biji nenas | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SALUTAN ISI IKAN :
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Goreng dulu fillet ikan dori (disalut tepunghingga garing, ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili benggala hingga naik bau.
3. Masukkan air, jus lemon dan parutan kulit lemon, kacau hingga rata.
4. Masukkan tomato dan nenas, perasakan dengan garam dan gula.
5. Curahkan sos di atas isi ikan dori yang digoreng tadi. Sedia dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng Minyak Penuh Keistimewaan : Mudah dan cepat dimasak Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Ikan dori biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Biarkan ais mencair dahulu dan anda boleh membasuh dengan memasukkan sedikit cuka dan kemudian basuh dengan air seperti biasa. Perapkan sebentar dengan bawang putih dan lada hitam sebelum digolek ke dalam tepung.
2. SAMBAL SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg sotong kering |direndam dahulu dengan air abu selama 3 jam
BAHAN DIKISAR :
10 tangkai cili kering | direbus sebelum dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/4 keping belacan bakar
3 biji buah keras
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu makan air asam jawa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan -bahan kisar.
2. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan sotong dan biarkan ia masak.
4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mereneh sebentar dengan api kecil dan padamkan api.
5. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 5- 6 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Selain nasi lemak sambal sotong kering sedap dimakan dengan nasi dan nasi impit. Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF: Nisbah air abu dan air paip boleh diguna 1:10 bahagian. Bilaskan sebanyak dua kali sebelum dipotong untuk dimasak. Atau anda boleh juga merendam dalam air panas selama sejam selepas dibilas.
3. UDANG GORENG MENTEGA
BAHAN-BAHAN :
1 kg udang
1/2 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
* Perap sebentar dan goreng dengan minyak masak
BAHAN SARANG TELUR :
2 biji kuning telur
1 senduk mentega atau marjerin
1 cawan minyak masak
BAHAN SOS BUTTERMILK :
2 sudu makan mentega
5 biji cili padi | dihiris
1 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK : Sarang telur :
1. Pukul ringan kuning telur.
2. Panaskan mentega/margerin bersama minyak masak.
3.S ebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk laju- laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
4. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sedikit supaya telur jatuh ke dalam kuali bertekstur halus.
5. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur itu masak berwarna keemasan.
6. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Udang mentega :
1. Goreng udang, toskan minyak dan ketepikan
2. Kemudian panaskan mentega dan masukkan cili padi, daun kari hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan susu cair dan biarkan masak sebentar.
4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula
5. Setelah masak bolehlah diletakkan udang di atas sarang telur tadi atau jika suka anda boleh juga taburkan sarang telur di atasnya.
Saiz hidangan : 5- 6 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Keistimewaan : Pedas berkrim dan rasa berlemak mentega dan susu Anggaran kos : RM 50
Info Chef : Pilih udang segar berdaging pejal, dan usah masak terlalu lama untuk kekal berjus dan manis.
Terima kasih: Manisa Cafe, 16, Jalan Presiden F U1/F, Accentra Glenmarie, Shah Alam, Selangor. FB :manisacatering, IG:manisa_catering