Setiap kali Min membuat rakaman foto resipi di hotel, biasanya Eksekutif Chefnya sudah mencecah usia 40 an. Bertemu dengan Eksekutif Chef Suhaifi Idris di PNB Perdana Hotel & Suite KL, dia belum pun mencecah usia 40 tahun.

Usia 30 Chef Suhaifi Sudah Bergelar Eksekutif Chef. Laluannya Bukan Mudah … Respek lah

Lebih ‘cool’, dia bergelar Eksekutif Chef semasa usia 30 tahun setelah melalui 9 tahap jawatan dan 13 hotel untuk mencapai jawatan kini. Mula bekerja dia usia 19 tahun, kariernya bermula dari bawah, kiranya kemajuan karier agak ‘pantas’juga.

Usia 30 Chef Suhaifi Sudah Bergelar Eksekutif Chef. Laluannya Bukan Mudah … Respek lah

Malah pengalaman pahit semasa bekerja di Maldives tidak menggugat minatnya dalam kulinari perhotelan.

“Ya dahulu saya pernah bekerja di sebuah hotel di Maldives tanpa gaji kerana angkara ejen, tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat dan ‘passion’ untuk terus bekecimpung di bidang ini. Setiap hotel dan resort itu bawa pengalaman berharga untuk terus mantap dalam kerjaya,” akui Chef yang telah mula memasak sejak di bangku sekolah lagi.

IKLAN

Kini bertugas di Lanjut Beach & Golf Resort, dalam masa yang sama dia masih lagi membantu dan bertanggungjawab di PNB Perdana Hotel & Suite KL.

Usia 30 Chef Suhaifi Sudah Bergelar Eksekutif Chef. Laluannya Bukan Mudah … Respek lah

Bukan mudah ya , laluan karier Chef , inilah 12 hotel dan Resort tempatnya menimba pengalaman :

1. 1999 , Hotel Park In Bukit Bintang sebagai Pelatih (Apprentice)
2.2000 ,Colmar Tropical (terlibat masa pembukaan hotel)
3.2001 ,Belajar sambil kerja dan menerima Diploma Commercial Culinary Akademi di Perak, menjadi Kitchen Helper
4.2002 ,Hotel Dynasty KL
5.2004 , Hotel Eastin PJ
6.2007 – 2009 Boulevard Hotel, Mid Valley, KL
7.2008 , Bekerja di Maldives
8.2009 , Menjadi tenaga pengajar di Kolej Komuniti
9.2009, Hotel Armada, PJ
10.2011 FELDA Travel, Sungkai Hot Spring Resort -bergelar Eksekutif Chef
11.2014, FELDA Tg Leman Resort , Eksekutif Chef
12.Julai 2016, Lanjut Beach & Golf Resort (milik PNB)
13.Jan – June 2018, PNB Perdana Hotel & Suite KL
14.July 2018 kembali ke Lanjut Beach & Golf Resort hingga kini

IKLAN

Lebih mengagumkan Chef Suhaifi lalui 9 ‘hieraki’ untuk mendaki tangga dalam kerjayanya bermula dari Apprentice, Kitchen Helper, Commis 3,2,1, Demi Chef, Chef de Partie, Sou Chef dan Ekekutif Sous Chef. Berkat kegigihan anak jati Jerantut Pahang ini , dia berjaya ke tahap Eksekutif Chef kini.

Usia 30 Chef Suhaifi Sudah Bergelar Eksekutif Chef. Laluannya Bukan Mudah … Respek lah

Dan Chef Suhaili juga suka berkongsi ilmu dengan anak muda yang mahu menceburi bidang ini, dia sering menjadi tetamu jemputan memberi ceramah mengenai selok belok kerjaya Chef di Kolej Komuniti , Rompin, Pahang. Pesannya kepada anak muda yang baru nak berjinak dalam karier Chef  ialah “kena ada pengetahuan dan ‘passion’ jika mahu berjaya”.

IKLAN

Ni dia resipi istimewa yang mudah dari air tangan Chef Suhaifi :

UDANG GALAH MASAM MANIS:

BAHAN-BAHAN :

2 ekor udang galah A (lebih kurang 200 gm seekor)
2 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1 biji cili merah | dihiris
20gm cili giling (pes cili kering)
1sudu makan asam jawa
1 sudu makan madu
2 sudu makan cili sos
1 sudu makan tomato sos

CARA MEMASAK :
1. Goreng seketika (8-9 minit) udang dalam minyak panas, angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian pijarkan minyak, dan tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi, masukkan cili merah.
3. Masukkan pes cili kering sampai terbit minyak.
4. Kemudian masukkan asam jawa, madu sos cili dan tomato, masak dengan api sederhana. Biarkan mendidih
5. Masukkan udang goreng dan golekkan biar udang sebati dengan sos (3- 4 minit). Kemudian tutup api. Sajian sedia dihidang.

Petua Chef : Pilih udang segar dan isinya kenyal dan tidak pudar warna untuk sajian udang yang manis. Pastikan kotoran di kepala dibuang dengan pisau.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI