Ads
Home Makan Periuk Dah 22 Tahun, Guna Hari-Hari Tapi Kekal Bersih Berkilat. Ini Tip...

Periuk Dah 22 Tahun, Guna Hari-Hari Tapi Kekal Bersih Berkilat. Ini Tip Mencucinya

Ads

Usia periuk dah 22 tahun, digunakan untuk memasak saban hari di rumah tapi periuk tahap legend  yang kebiasaannya hitam ini masih elok bersih berkilat.

Supaya periuk kita pun kekal bersih begini, Zainun Mamat berkongsi tip yang digunakan sejak dulu. Cara  beliau memang mudah dan murah, cuma cuci dengan lebihan sabun mandi.

Tip periuk guna 22 tahun masih bersih berkilat

Periuk Dah 22 Tahun, Guna Hari-Hari Tapi Kekal Bersih Berkilat. Ini Tip Mencucinya

 

Ads

Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi. Setiap hari kita masak dan selepas memasak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. 

Cara saya, cuma gunakan sabut besi untuk cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun mandi yang dah kecil jangan dibuang ya. 

Langkah mencuci

 

1. Rendam sabut besi dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sikit biar jadi berbuih.

Periuk Dah 22 Tahun, Guna Hari-Hari Tapi Kekal Bersih Berkilat. Ini Tip Mencucinya

 

2. Kemudian bolehlah sental periuk. Bilas dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.

Ads

Periuk Dah 22 Tahun, Guna Hari-Hari Tapi Kekal Bersih Berkilat. Ini Tip Mencucinya

 

3. Sabut besi ini juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.

 

Ads

Selamat mencuba.

Sumber: Zainun Mamat

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI