Ada yang panggil vadai, vada, wada, vade tapi sering disebut ‘Wah-dei’, merupakan sejenis makanan masyarakat India. Kuih yang asasnya diperbuat dari kacang dhal dan dicampur dengan ramuan seperti cili, bawang, daun kari, jintan dan daun kari.

Vadai Kuih Tradisi Masyarakat India Yang Digemari Rakyat Malaysia

Vadai Kuih Tradisi Masyarakat India Yang Digemari Rakyat Malaysia

VADAI

Ads

BAHAN-BAHAN:

1/ 2 kilo kacang dhal (rendam 2 atau 3 jam bagi elok kembang)

CARA MEMASAK:

  1. Toskan dan asingkan 2 sudu besar kacang dal.
  2. Kemudian kisar bakinya dengan sedikit air (hanya sedikit air). Kalau blender tidak boleh pusing kacau kacang itu guna senduk dan blend lagi. Tidak boleh juga baru tambah air sedikit. (Jangan kisar sampai hancur sangat)
  3. Sudah siap kisar tapis guna penapis.
    *Boleh juga guna blender kering (tapi hasilnya nanti agak keras)

Vadai Kuih Tradisi Masyarakat India Yang Digemari Rakyat Malaysia

BAHAN LAIN:

  • 2 sudu besar kacang dhal yang sudah di asingkan tadi
  • 1 1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 2 biji cili merah (hiris nipis)
  • 3- 4 tangkai daun kari (hiris nipis)
  • 3 sudu besar jintan manis (tumbuk kasar)
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit serbuk perasa(tidak letak pun tidak apa)
  • 3 sudu besar tepung gandum (kalau guna blender kering jangan tambah tepung)

Vadai Kuih Tradisi Masyarakat India Yang Digemari Rakyat Malaysia

Vadai Kuih Tradisi Masyarakat India Yang Digemari Rakyat Malaysia

Ads

Vadai Kuih Tradisi Masyarakat India Yang Digemari Rakyat Malaysia

Vadai Kuih Tradisi Masyarakat India Yang Digemari Rakyat Malaysia

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Satukan kacang dhal yang dikisar dengan semua bahan-bahan lain.
  2. Simpan seketika dalam peti sejuk di bahagian bawah lebih kurang 30 minit dalam keadaan menyenget (letak bekas tinggi sebelah supaya air dalam adunan itu boleh mengalir ke tepi dan mudah untuk di buang nanti) kalau guna kisar kering tidak perlu simpan dalam peti.
  3. Kemudian panaskan minyak dengan api sederhana. Ambil adunan kemudian leperkan sidikit pada senduk nasi bagi padat dan luncurkan dalam minyak panas. Bila sudah garing bolehlah angkat dan makan.

Tip: Untuk hasil kuih yang lembut dan ranggup guna blender basah. Untuk hasil yang keras dan ranggup guna blender kering.

Vadai Kuih Tradisi Masyarakat India Yang Digemari Rakyat Malaysia

Kredit: Mariana Zainal

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI