Kuih Vadai ni memang ramai peminat setianya. Selalu kita makan di restoran mamak je kan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri je. Kalau anda sedang mencari resipi membuat Vadai yang sedap, garing di luar tetapi gebu di dalam, bolehlah cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nur Masri ini. Percayalah, sekejap je habis lepas hidang.
RESIPI VADAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan/250 gm kacang ulunthu 1 sudu makan jintan manis –BELI ONLINE 1 sudu makan tepung beras –BELI ONLINE 1 sudu teh baking soda –BELI ONLINE 1 biji bawang besar 2 biji cili hijau 2 biji cili kering –BELI ONLINE Daun kari Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Basuh dan rendam kacang ulunthu semalaman/sekurang-kurangnya empat jam.
Ads
2. Toskan air dan kisar ulunthu dengan sedikit air sehingga halus ( jangan banyak air nanti susah nak bentukkan)
3. Bila kacang ulunthu halus, masukkan jintan manis kisar sekejap.
4. Masukan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk. Masukkan tepung beras dan baking soda.
5. Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu bolehlah potong bawang merah cili dan daun kari kecil-kecil. Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
6. Guna daun pisang atau plastik untuk membentuk vadai menjadi bentuk donut. *Jika adunan cair, boleh tambah tepung beras sedikit demi sedikit.
7. Panaskan minyak dan goreng adunan yang telah siap dibentuk. Goreng hingga habis. Angkat dan toskan. Siap dihidang.
Suka makan Kuih Ketayap? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Resipi ini sangat mudah dan sedap. Sesuai dicuba oleh anda yang nak makan kuih tradisi versi air tangan orang tu dulu-dulu. Inti yang lemak manis, sedang elok rasanya. Bila digulung dalam dadar, memang enak. Jadi jomlah kita cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 cawan santan
1 1/2 cawan air pandan
2 biji telur C
1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan, sebatikan. Boleh juga dikisar guna blender.
2. Panaskan kuali (non stick jika ada) guna api perlahan. Jika tiada, guna kuali biasa tapi sapu kuali dengan sedikit minyak.
3. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan/lenggangkan.
4. Biarkan dadar masak. Tak perlu diterbalikan.
5. Angkat, ketepikan dan ulang Langkah sama sehingga habis adunan.
6. Sementara menunggu kuih masak, letakkan inti diatas dadar Kuih Ketayap yang sudah siap lipat kiri kanan, gulung dan kemaskan. Siap.
BAHAN INTI (boleh buat awal):
1 biji kelapa muda – diparut
1 cawan air
4 keping gula kerek / melaka (gula merah pun boleh) – beli online disini
Gula pasir secukup rasa
2 helai pandan – disimpul
Sedikit tepung gandum
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air, masukkan gula kerek, gula pasir dan dau pandan. Masak hingga larut
2. Masukkan kelapa parut dan kacau rata.
3. Bila inti agak-agak nak kering, (opah suka lembab sikit) taburkan tepung gandum. Sejukkan
**fungsi tepung supaya inti melekat dan tidak berderai
Sedapnya Kuih Serabai. Ia merupakan salah satu dari kuih tradisionalorang dulu-dulu dan popular di kalangan rakyat Malaysia. Berbentuk seakan apam, Kuih Serabai ini biasanya yang dinikmati bersama kuah manis atau jika masih bermusim, boleh dimakan bersama kuah durian. Teringin nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaty Hashimni. Memang sedap.
2. Peram adunan sehingga naik sekali ganda dan berbuih. Adunan siap untuk dibakar.
3. Oles minyak pada pan acuan dan pastikan pan betul-betul panas sebelum diletakkan adunan.
4. Sukatan 1 adunan ini akan dapat dalam 88 keping serabai.
BAHAN KUAH DURIAN: 1 kg isi durian frozen 1 mangkuk santan pekat – beli online disini ½ mangkuk gula merah basah – beli online disini ¼ mangkuk gula pasir – beli online disini Garam secukup rasa 5 sudu makan tepung gandum + air Daun pandan
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan reneh hingga masak. Hidangkan bersama kuih serabai tadi.
PETUA UNTUK ELAK ACUAN MELEKAT
1. Panaskan pan serabai hingga betul-betul panas baru oleskan minyak dan letak adunan.. 2. Api jangan kuat. Kalau melekat juga, goreng telur dalam pan dan angkat. Kemudian boleh guna pan macam biasa. Insyaallah tak melekat.
Amelina bintang gegar Vaganza musim ke-5 dan penyanyi dangdut popular era 90-an dengan lagu seperti Asyik kini kembali aktif di persada seni. Istimewanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, bintang ini turut meriuh rendah dapur Dato’ Chef Wan dalam menyiapkan menu kegemarannya.
Akui anak kelahiran Nilai, Negeri Sembilan suka yang pedas-pedas kala waktu berbuka.”Bagi Alin, dari zaman muda hingga kini waktu berbuka suka yang pedas-pedas. Kuih pun suka yang pedas. Orang Negeri Sembilan memang begitulah. Kalau tak pedas tak mari,” cerita Alin.
Ibu kepada enam orang cahaya mata ini menyediakan masakan kesukaan sudah menjadi tanggungjawabnya. Masing-masing mempunyai selera yang berbeza ketika Ramadan. Anak-anak menyukai masakan yang kering dan tidak berapa suka menu yang berkuah.
“Selalunya Alin akan memasak lauk utama seperti masak lemak daging salai. Kalau pergi ke pasar Ramadan hanya akan membeli lauk sampingan seperti lauk bakar,”ceritanya.
Alin menyukai lauk bersambal seperti ikan Sembilang tetapi kalau dapat sambal sotong memberi kenikmatan kerana itulah lauk kegemarannya.
Menyentuh tentang pilihan kuih muih pula, tetap memilih kuih yang rasanya pedas seperti popiah. Mempunyai kegemaran yang sama dengan Chef Wan , dia juga menyukai karipap dan popiah di kala Ramadan . Leka menikmatinya kalau dapat makan panas-panas.
Khas buat Alin, Chef Wan telah menyediakan dua resipi kegemaran bintang ini dengan ramuan istimewa membuatkan anda sendiri terliur melihatnya. Rasa yang seimbang dan padu serta tahap kepedasan yang memenuhi citarasa diakui sendiri oleh Alin. “ Tak sabar nak cuba sendiri resipi yang dikongsi ini untuk menu berbuka puasa nanti. Memang sangat sedap dan kecur liur dibuatnya,”akui Alin.
SAMBAL SOTONG PETAI NYONYA Bahan-bahan:
500gm sotong ( potong memanjang dan kelar bahagian isinya)
1 mangkuk isi petai
Segengam daun pudina ( dicincang)
garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
½ biji limau nipis ( diperah jusnya)
Bahan untuk kisar halus: pes
5 biji cili merah
10 biji bawang merah ( dikupas)
4 ulas bawang putih (dikupas)
2cm halia (dikupas)
1cm kunyit hidup (dikupas)
2 batang serai ( dihiris halus)
1 tangkai bunga kantan (dihiris halus)
1 sudu makan belacan
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap cair
Air masak
Cara memasak:
1.Panaskan minyak di dalam kuali.
2.Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga garing lebih kurang 10 minit.
3.Masukkan kicap cair, sos cili, sos tomato, perahan asam limau dan goreng untuk seketika.
4.Masukkan petai yang dikoyak-koyak, sedikit air masak untuk kuah dan masukkan sotong. Tutup kuali tadi seketika agar sotong boleh dimasak empuk.
5.Kemudian masukkan bunga kantan untuk menambahkan bau harum pada masakan , secukup garam dan gula.
6.Pastikan sotong tidak dimasak dengan begitu lama agar tidak keras. Tutupkan api dan sambal sotong petai nyonya sudah siap untuk dihidang.
THAI SPRING ROLL BAHAN-BAHAN INTI:
10-15 keping kulit popiah
1 ulas bawang putih
Udang | dicincang
3 sudu makan sos tiram
Sedikit lada putih
1 sudu teh minyak bijan
2 besar makan udang kering
Cendawan butang | dipotong
Daun ketumbar
Gula dan garam secukup rasa
1 peket kecil suhun ( (direndam hingga lembut dan kerat-kerat sikit)
Buah berangan
100gm kubis
3 sudu teh sos ikan
tepung jagung
1 biji telur
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan udang yang telah dicincang, sos tiram, sedikit lada putih, minyak bijan dan udang kering. Kacau seketika.
3. Masukkan cendawan butang yang telah dipotong, daun ketumbar, gula secukup rasa, suhun dan buah berangan.
4. Kemudian masukkan sedikit kubis, 3 camca sos ikan, daun ketumbar dan sedikit tepung jagung lalu kacau untuk seketika.
5. Apabila sudah siap, biarkan inti sejuk sebentar.
Penyediaan Thai Spring Roll:
1.Sapukan telur yang telah dipukul ke atas kulit popia dan masukkan inti dan tutup semula dengan sekali lagi sapukan telur ke atas kulit popia.
2. Goreng popia ini dengan minyak masak yang banyak tetapi api yang sederhana.
3. Apabila kulit popia kelihatan rangup dan kekuningan boleh tutup api dan dihidangkan.
Bahan untuk sos:
1 biji bawang besar | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit cuka
Air secukupnya
Sos ikan
Kacang
Gula secukupnya
1 sudu makan sos cili
Penyediaan sos :
1.Kisar bawang besar, bawang putih lebih sedikit dan sedikit cuka .
2.Rebuskan air bersama air secukupnya, sos ikan dan kacang.
3.Kemudian masukkan bahan kisaran, tambahkan sedikit air, sos cili dan masak sehingga kuah sos itu pekat.
4.Sedia untuk dihidang bersama dengan popia.
*JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA SHARIFAH SHAHIERA