Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.

Penggemar petai boleh mencuba resipi-resipi ini. Ia sesuai dimakan bersama nasi atau boleh juga diratah begitu sahaja. Selamat mencuba!

SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

BAHAN-BAHAN

  • 250gm ikan bilis ] kopek
  • 200gm cawan isi petai
  • 1 biji bawang besar ] hiris
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR

  • 6 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
  4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
  6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
  8. Angkat dan hidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15

Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.

SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG

Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

BAHAN-BAHAN

  • 300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar ] hiris
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda
  • 2cm belacan ] jika suka

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
  6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Tumis dan goreng.
Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • 200gm ikan bilis ] kopek
  • 200gm isi petai
  • 3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
  • 1 biji bawang besar ] hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR

  • 15 biji cili padi
  • 3 tangkai cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
  5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  8. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15

Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.

SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI

Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

BAHAN-BAHAN

  • 30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar ] hiris
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda
  • 2cm belacan ] jika suka

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis.
Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15

IKLAN

Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.

GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG

Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

BAHAN-BAHAN

  • 2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
  • 500gm udang saiz XL ] bersihkan
  • 2 batang serai ] titik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
  • 3 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS

  • 15 biji cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3cm kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  3. Tuangkan santan dan gaul rata.
  4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
  8. Gulai sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Reneh.
Keistimewaan: Pedas berlemak.
Anggaran perbelanjaan: RM30

Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.

Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.

SAMBAL UDANG PETAI

Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
  • 1 mangkuk petai
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji bawang besar Holland – hiris
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

BAHAN KISAR

  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan – optional
  • 5-6 sudu besar cili kering kisar

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja. Angkat udang dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
  3. Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik. Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
  4. Setelah bergaul rata, masukkan garam serta serbuk perasa.
  5. Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar. Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.
  6. Kacau rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

KREDIT RESIPI & FOTO:  Azie Kitchen

IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI

Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
  • Bawang Putih (Hiris)
  • Bawang Holand (Hiris)
  • Petai (Belah dua)
  • Cili Api (Hiris)
  • Garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.

2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.

KREDIT RESIPI & FOTO: Marina Ismail

SAMBAL PETAI UDANG KERING

Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan udang kering direndam ditumbuk kasar
  • 3 sudu cili kering kisar
  • 5 ulas bawang merah kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 2 batang serai kisar
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Petai secukupnya
  • Garam gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis lah bahan kisar kecuali udang sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kering, kacau sehingga pecah minyak.
  3. Tambahkan dengan air asam dan jika perlu tambah sedikit air.
  4. Masukan udang kering dan masaklah sehingga pekat dan kering.
  5. Tambahkan garam dan gula. Bila dah secukup rasa masukkan petai, kacau sehingga sebati, dah boleh tutup api.

KREDIT RESIPI & FOTO: NOORIAH ABDULLAH

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI