Kata orang masakan rebus ni masakan malas, tapi kalau kena pada cara memasak, yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak. Apa yang penting, ia ringkas dan mudah disediakan, bak kata emak-emak. Campak-campak dah siap. Rugi tak cuba ni, sesuai untuk seisi keluarga ye.


Variasi Menu Sup & Rebus Yang Sedap & Sihat,Korang Cuba,
.

BENING BEBOLA AYAM & FAT CHOY HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BEBOLA AYAM

  • 1 mangkuk isi ayam kisar
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa
  • Secubit garam

BAHAN LAIN:

  • 2 pokok sawai Fat Choy
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 2 ulas bawang merah | hiris
  • 1 biji bawang putih | titik
  • 2 hirisan halia muda | hiris
  • 1 kiub perasa ayam
  • 3 cawan air
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
  • Sedikit bawang goreng | untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bebola ayam. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
2. Uli hingga semua bahan sebati ( jika terlebih boleh tambah sedikit tepung lagi).
3. Bentukkan doh menjadi bulat hingga habis adunan.
4. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan bebola ikan tadi.
5. Rebus hingga bebola timbul. Angkat dan ketepikan.
6. Seterusnya untuk menyediakan bening, masukkan air dalam periuk.
7. Kemudian tambahkan di dalamnya hirisan bawang, halia dan bawang putih titik.
8. Setelah air rebusan mendidih masukkan kiub perasa ayam, garam dan perasa secukupnya.
9. Seterusnya masukkan semula bebola ayam, Fat Choy dan hirisan tomato.
10 . Kacau lebih kurang 2-3 minit lagi.
11. Tutup api, angkat masukkan dalam mangkuk dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang serta bawang goreng, kemudian hidangkan.

Variasi Menu Sup & Rebus Yang Sedap & Sihat,Korang Cuba,
.

IKLAN

SUP WANTAN JERNIH
BAHAN-BAHAN:

  • 10-15 keping kulit wantan
  • 1 pokok daun bawang | hiris
  • 1/2 biji tomato | dadu halus
  • 3 biji cili padi | hiris
  • 3 cawan air
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 2cm halia muda | hiris
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan perasa secukupnya

BAHAN ISI WANTAN

  • 250gm isi ayam kisar
  • 2 sudu makan tepung ubi /kanji
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan isi wantan, campurkan semua bahan isi dalam mangkuk.
2. Gaul rata dan ketepikan.
3. Sementara itu, ambil kulit wantan, isikan di tengahnya dengan sedikit campuran isi ayam tadi.
4. Kemudian kemaskan seperti sup bunjut. Lakukan hingga habis.
5. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, rebus wantan lebih kurang 3-5 minit.
6. Apabila timbul angkat,tos dan ketepikan.
7. Sementara itu, isikan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
8. Didihkan atas dapur, setelah air mendidih masukkan kiub pati ayam, garam dan perasa secukupnya.
9. Masukkan wantan dalam mangkuk kemudian tuangkan sup di dalamnya.
10 . Hiaskan di atasnya dengan hirisan daun bawang, cili padi dan tomato yang telah didadu kecil sebelum dihidangkan.

Variasi Menu Sup & Rebus Yang Sedap & Sihat,Korang Cuba,
.

IKLAN

SUP AYAM CAMPUR BERSAMA CENDAWAN SHIMEJI
BAHAN-BAHAN;

  • 300gm isi dada ayam | potong dadu
  • 1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
  • 1/2 paket cendawan shimeji
  • 1/2 batang lobak merah | potong dadu
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2 hirisan halia
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • 3 cawan air | boleh tambah jika perlu

BAHAN SAMPINGAN:

  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan hirisan daun bawang
  • 1 sudu makan hirisan daun ketumbar

CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Renehkan di atas dapur, setelah mendidih, masukkan ayam, kentang dan lobak merah.
3. Biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit.
4. Masukkan pula cendawan. Kacau rata.
5. Seterusnya, perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
6. Tutup api, masukkan sup dalam mangkuk dan tabur di atasnya dengan daun bawang, ketumbar serta bawang goreng.


Variasi Menu Sup & Rebus Yang Sedap & Sihat,Korang Cuba,
.

IKLAN

SUP CENDAWAN BUTANG DENGAN AYAM
BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji cendawan butang segar | hiris nipis
  • 150gm isi dada ayam
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 1 hirisan halia
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 2 cawan air

CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Renehkan di atas dapur, selepas mendidih masukkan ayam dan cendawan.
3. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
3. Perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Setalah cukup rasa. Tutup api.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun bawang di atasnya.


Variasi Menu Sup & Rebus Yang Sedap & Sihat,Korang Cuba,
.

SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 biji telur
  • 3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan
  • 4 batang jejari ketam | siat memanjang
  • 1/2 sudu makan serbuk sup sayur
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 hirisan halia muda
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan hirisan daun bawang
  • 1 sudu makan hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan batang seleri

CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.
3. Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa.
4. Setelah cukup rasa. Tutup api.
5. Sementara itu isikan air dalam kuali non stick. Renehkan.
6. Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.
7. Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup.
8. Lakukan hingga habis telur.
9. Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.
10 Sup telur sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI