Musim-musim panas ni, memang best kalau dapat minum minuman yang sejuk untuk menghilangkan rasa dahaga.

Buat sahaja minuman ini di rumah kerana resipinya cukup mudah dan lebih menepati cita rasa keluarga anda. Selamat mencuba!

 

BANDUNG STRAWBERI LAICI

5 Resipi Minuman Segar Yang Sedap Diminum, Mudah Dibuat

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan sirap
  • 5 sudu makan susu cair (beli online DISINI)
  • 1 biji strawberi | dibelah 4
  • 5 biji laici dalam tin
  • Air secukupnya
  • Ais secukupnya

 

CARA MEMBUAT:

  1. Larutkan gula dalam air.
  2. Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
  3. Masukkan strawberi dan laici.
  4. Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.

INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung

SODA SERAI BERMADU

5 Resipi Minuman Segar Yang Sedap Diminum, Mudah Dibuat

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan madu (beli online DISINI)
  • 1 cawan soda
  • 1 batang serai | diketuk (beli online DISINI)

 

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Letakkan madu di keliling dinding gelas.
  2. Masukkan soda.
  3. Masukkan serai. Biarkan seketika.
  4. Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.

Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.

AIR KATIRA

5 Resipi Minuman Segar Yang Sedap Diminum, Mudah Dibuat

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu makan sirap hijau
  • 2 helai daun pandan 
  • 1 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 250 ml soda
  • Sedikit katira | getah anggur
  • Sedikit sagu (beli online DISINI)
  • 1 sudu makan cendol
  • 1 sudu makan cincau
  • 1 sudu makan gajus
  • 1 sudu makan badam
  • 1 sudu makan kacang tanah | digoreng
  • 1 sudu makan kurma
  • 3 biji buah kabung
  • 1 sudu makan kismis
  • 1 sudu teh biji selasih
  • Sedikit buah semangkuk
  • Gula batu secukupnya

 

CARA MEMBUAT:

  1. Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.
  2. Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.

INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.

JUS MANGGA PUDINA

5 Resipi Minuman Segar Yang Sedap Diminum, Mudah Dibuat

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 biji mangga
  • 2 sudu besar yogurt
  • 2 gelas air
  • 1 biji limau kasturi
  • Sedikit daun pudina

 

CARA MEMBUAT:

  1. Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
  2. Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
  3. Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
  4. Tambah air gula jika suka.
  5. Masukkan ais dan letakkan daun pudina.

INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.

PEPPERMINT LEMONADE

5 Resipi Minuman Segar Yang Sedap Diminum, Mudah Dibuat

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam
  • 3 tangkai pudina
  • 500ml air
  • 2 biji lemon | diperah jus dan tapis
  • Ais secukupnya

 

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
  2. Masukkan jus lemon.
  3. Tambahkan ais. Siap untuk diminum.

INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.

IKLAN

 

Anda sedang mencari JUICER, boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

6 Resipi Kuih Berinti Manis Pilihan Ramai, Sedap & Senang Buat

Mudahnya Buat Roti Sekaya, Sesuai Untuk Menu Minum Petang!

Cara Buat Sambal Tumis Berlada, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI